Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 16 April 2012

RM5,000 setahun kepada Mahasiswa??? Bersamaan RM416.66sen sebulan... Adam Adli kena jawab nih..



Satu lagi berita baik bermakna berita temberang untuk rakyat bakal dibawakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu elaun sara hidup berjumlah RM5,000 setahun bagi pelajar pusat pengajian tinggi swasta selain dari pendidikan tertiari percuma yang dijanjikan sebelum ini.

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa perkara ini akan diumumkan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar dalam perhimpunan besama mahasiswa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perhimpunan yang sama, Dato’ Seri Anwar juga akan mengumumkan secara rasmi pemansuhan yuran universiti milik kerajaan PR mulai September ini.   Sebelum ini, laman ini telah menyiarkan laporan mengenai pendidikan percuma sepenuhnya di UNISEL dan juga KUIS iaitu dua pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor.

click for enlarge image

click for enlarge image


Walaubagaimanapun, kita merasa agak terkilan kerana pihak-pihak yang berkenaan seperti UNISEL, nampaknya tidak peka dengan perkembangan yang baik ini.  Penulis berkata demikian kerana mendapati surat rasmi yang dihantar kepada bakal pelajar baru UNISEL masih tertera ayat “The university also fully guide students to apply any available scholarship (Yayasan Selangor, Karangkraf, MARA, MyBrain etc.) and to fill on-line PTPTN loan application.”-  (para ke-3)

Apakah pihak UNISEL tidak dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan percuma di Universiti tersebut?

Ketidakpekaan pihak UNISEL ini memberikan gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat seolah-olah telah membuat janji palsu.   Dengan itu, diharapkan pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan memperbetulkan segera kesilapan mereka dengan mewar-warkan berita baik yang dibawa oleh PR kepada pelajar UNISEL.

Elaun sara hidup pelajar-pelajar di pusat pengajian swasta yang bakal diumumkan dilihat sebagai tepat berdasarkan kos sara hidup yang semakin tinggi yang sebenarnya boleh dikawal jika pemerintah Malaysia lebih prihatin.

Namun, kerakusan kerajaan BN mengaut dan merompak apa yang sepatutnya boleh diagihkan kepada rakyat menjadikan kehidupan di Malaysia semakin hari semakin terhimpit.

Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak seharusnya perlu meletakkan apa-apa beban di bahu rakyat sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Brunei. Di Brunei, tidak ada rakyat yang miskin dan ini bukan seratus-peratus bergantung kepada faktor minyak, tetapi kerana kerajaannya bersih dan bijak dalam menguruskan hasil minyak tersebut sehingga ianya dapat diagihkan dengan baik dan sempurna.

Tetapi, keadaan yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia kerana kita mempunyai pak-pak menteri yang tamak sehingga menyebabkan korupsi berleluasa sehingga akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.  Akibatnya, untuk belajar juga anak-anak kita perlu berhutang keliling pinggang.  Jika sudah bekerja nanti, gaji mereka terpaksa digunakan hanya untuk membayar hutang, jadi bila mereka boleh hidup senang?

Pelajar adalah nadi negara dan tidak seharusnya kita memberi tekanan kepada mereka dari segi lain selain dari belajar.  Tindakan PR meletakkan pelajar dan pendidikan di tahap paling tinggi dan penting adalah satu tindakan yang amat bijak sekali.

Sesungguhnya, Malaysia kini berada dalam keadaan terdesak dan perlu dipulihkan segera.  Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada caranya tetapi belum berpeluang berbuat demikian selagi PR tidak menawan Putrajaya.  Oleh itu, perlu diingatkan bahawa kunci nasib kita semua sebenarnya terletak di tangan kita dan perlu digunakan sebaiknya dalam pilihanraya yang akan datang.

Ingatlah, andainya PR memerintah, ia akan merupakan satu bonus untuk rakyat Malaysia kerana bukan sahaja kos sara hidup dapat diturunkan tetapi segala elaun dan bantuan yang dijanjikan tetap akan dikotakan.   Dalam ertikata lain, rakyat akan mendapat manfaat berganda hanya dengan membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya. 

Ingatlah di sini, PR cuma pandai menanam tebu di tepi bibir, berjanji paling manis sekali di dunia dan seperti tiada apa-apa halangan bagi mereka untuk menjahanamkan pembangunan negara.

Juak PR tanpa di duga dapat melupakan nafsu-nafsi campur serakahnya Anwar di dalam kehidupan politik, hubungan intim lelaki dan perempuan.

Bila dihitung-hitung, RM berbilion-bilion akan diperlukan bagi membantu bakal pelajar ini dan persoalan yang timbul, dimana Anwar Ibrahim mampu mengumpulkan dana sebanyak ini?? Mungkin di dalam tempoh satu tahun, Anwar Ibrahim akan perabiskan sumber kewangan Negara.. kemudian membawa masuk pelaburan Yahudi, tidak lama kemudian, dia akan tunduk kepada kehendak Yahudi. Kerana ingin berkuasa dan membalas dendam, segalanya mungkin berlaku.. dah tentu Anwar akan minta pertolongan dan bantuan Yahudi. Lepas pada setahun, negara akan berhutang dengan dana asing atau lebih best.. negara akan berhutang dengan Yahudi.

Anwar Ibrahim nak runtuhkan kemajuan dan pembangunan Malaysia sahaja. Negara yang di contohkannya kepada generasi Y seperti Tunisia dan Libya suduh runtuh dan tidak stabil. Adakah dia mahu Malaysia seperti itu?? Mewujudkan kerajaan dengan rusuhan?? 

Belum berkuasa pun dah boleh minta tolong Yahudi.. ini kan pula dah berkuasa kelak.. Tak mustahil boooooooorrrrr..

Tunaikan janji di PRU-12 dulu lah.. sebelum buat janji lagi.. Dasar sesumpah!!

No comments:

Post a Comment