Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 16 April 2012

Macam mana ni?? DAP lebih banyak dapat budget dari PAS dan PKR.. tetapi yang ramai PAS dan PKR.. Pssssssttttt.. diperguna ker??


PERLU diakui, kelebihan PKR dan PAS dibanding dengan DAP ialah keduanya mempunyai sokongan akar umbi yang hebat dan kuat, terutama dari kalangan orang Melayu dan India.
Tidak setakat sokongan dari jauh, mereka tidak teragak-agak turun membantu dalam menyertai sebarang demonstrasi yang dianjurkan Pakatan Rakyat, daripada Bersih sehingga kepada beberapa demonstrasi besar yang lain seperti Himpunan Hijau dan sebagainya.
Malah ada yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk menyertai semua himpunan tersebut.
Bagaimanapun, dalam soal Himpunan Hijau pada 26 Feb 2012 yang lepas, penulis baru sahaja mendapat maklumat bahawa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari kelebihan akar umbi PAS & PKR ini untuk kepentingan individu masing-masing.
Pertama dari segi dana.  Penulis dimaklumkan ada perbezaan dalam soal pembahagian dana individu antara peserta himpunan dari DAP dengan peserta dari PKR dan PAS.  Katanya, dana yang diterima peserta DAP lebih tinggi dari peserta PAS dan PKR.  Benarkah begitu?
Penulis juga menerima beberapa aduan bahawa ada di antara peserta dari PAS dan segelintir dari PKR yang hadir ke himpunan tersebut  tidak menerima ‘bantuan’ lain seperti yang telah dijanjikan.
Sesetengah mereka ini datang dari beberapa kawasan di Terengganu, ada juga yang datang sejauh Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyokong demonstrasi di Kuantan.
Penulis mendengar, ada beberapa orang ‘kepala’ yang dilantik untuk mengumpulkan para peserta dari luar Pahang ini yang merungut kerana masih berhutang dengan syarikat pengendali bas yang membawa mereka ke Kuantan.
Sedangkan penulis dimaklumkan bahawa pengendali syarikat bas sama yang menguruskan ahli-ahli DAP (oleh ‘kepala’ yang lain) untuk dibawa ke Kuantan, tidak pula menghadapi masalah sedemikian.
Itu belum menyentuh yang datang dengan kenderaan sendiri.
Kedua, kehadiran ramai pemimpin-pemimpin utama NGO yang mengetuai bantahan ke atas Lynas ini pada hari ia berlangsung, tidak begitu menggalakkan.  Penulis tidak mahu menamakan NGO yang mana satu tapi siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
Ketiadaan mereka semasa Himpunan Hijau itu berlangsung amat memalukan kerana pemimpin tertinggi kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sanggup datang sejauh Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada Himpunan ini,  tenaga penggerak dari NGO terbabit pula (yang juga orang tempatan) boleh tidak hadir.

Gambar Hiasan
Walhal, penulis mendengar mereka adalah orang tengah yang berunding dengan pihak Chinese Society of Rare Earths untuk tujuan dana, kempen dan pelbagai hal berkaitan dengan gerakan anti Lynas di Malaysia ini sejak mula.  Ketiadaan mereka amat menyusahkan dan mengakibatkan pelbagai masalah yang penulis sebutkan di atas kerana tidak ada siapa yang boleh dirujuk.
Masalah ini juga dikatakan menjadi penyebab kepada banyak kegagalan siri Himpunan Hijau yang lain seperti yang diadakan di Dataran Shah Alam pada minggu lepas yang hanya dihadiri 200 orang.
Jangan salah faham.  Ini bukan soal keikhlasan, ini soal keadilan.  Penyokong PKR dan PAS, setakat yang penulis ketahui, tidak kisah untuk menyertai sebarang himpunan atau demonstrasi yang dinaungi oleh Pakatan Rakyat, tapi kalau sampai terpaksa berhutang kerana bantuan yang dijanjikan tidak sampai, itu sudah cerita lain.
Penulis harap perkara ini mendapat perhatian kepimpinan tinggi agar perkara sama tidak berulang lagi di masa hadapan.  Di hadapan kita ada lebih banyak lagi himpunan seumpamanya yang akan dijalankan dan penulis tidak mahu masalah kecil ini menjadi penghalang kepada kejayaan semua himpunan tersebut.

No comments:

Post a Comment