Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 2 April 2012

HEBAT!!!!! Penasihat Selangor yang bergaji RM1.00 mampu memberi Ketua Eksekutifnya bergaji RM30,000.00.. Dasyat..

 Gambar original borrrrrr.. bukan tiruan nyahhhh

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang.

Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.

Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan ‘Mr NFC’.

Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji yang dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.

Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi.

Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.

Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.

Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat “panggilan cemas” dari anak muda kelahiran Terengganu itu.

Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.

Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak “cute” dan pria yang manis mukanya.

Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar

Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men’sponsor’ majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, “Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!” begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.

Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.

Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.

Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.

Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti.

Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi.

Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti

Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi.

Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.

Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya – guna dan buang!

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang bersifat sementara, anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

    ReplyDelete
  2. Salam wahai manusia tanpa nama.. Boleh ke nyatakan jawatan yg di sandang penulis blog ini?? Kalau boleh tunjukkan slip gaji blogger ni kalau ada..

    Bukan lah ini satu jawatan atau wang diperolehi untuk menghalalkan cara.. Adalah lebih manfaat jika anda sendiri dapat menilai antara yang batil dan yang hak..

    Ada manusia tidak dapat melihat dengan mata.. melainkan mata dajal.. Penulis blog ini yang perlu bertaubat atau anda yang perlu bertaubat..

    Nampaknya.. di saat2 nak PRU nih.. semua juak Pakatan Haram dah macam ustaz atau ustazah.. bernada baik.. tak salah.. sebelum betulkan penulis bloger nih.. adalah lebih baik anda turut bertaubat nasuha.. kerana pemimpin yg anda agongkan tu.. tidak baik seperti disangka..

    Bila bercakap dengan penyokong BN.. suruh org bertaubat.. aik??? minta tolong hang kasi nasihat kat ketua umum hang tu.. berzina.. meliwat.. berkhalwat.. semua tu dosa.. Masya Allah.. nauzubillah min zaliq.. tak baik.. bertaubatlah.. bersekongkol dengan Israel pulak.. anda fikir penulis blog ini di bayar untuk mengfitnah atau membantu kerajaan BN semata..

    Oh yer.. nasihat anda kami kembalikan kepada anda.. kerana anda yang perlu bertaubat mengikut tuduhan anda ke atas kami yang menyokong kerajaan..

    ReplyDelete