Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai
pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila
pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan
lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.
Sekurang-kurangnya
tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti
yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun
diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.
Rata-rata
komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari
penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan
oleh sebuah blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.
But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)
Sehingga
kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang
diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan
komen berkenaan isu ini.
Yap Sin
Tian (Please click to enlarge)
Malah
pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana
acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut
kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut
mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.
Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk
difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih
kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan
isu pendidikan Sekolah Cina.
Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong
Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf
pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras
mempertahankan pendidikan kaum Cina?
Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini
sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu
perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka
telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.
Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan
lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya
dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf pendidikan
sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang
diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik
semata-mata.
No comments:
Post a Comment