Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum. Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.
Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia. Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia. Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia.
Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia. Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.
Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong. Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis. Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.
Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas. UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.
Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui sekolah. Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan.
Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut. Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong.
Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri. Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.
Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran dalam konteks perkauman. Walaupun begitu, UMNO tidak pernah menghalang kaum Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek moyang mereka dengan harapan mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan UMNO terhadap mereka.
Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zong bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan perpaduan.
Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa Kemudian. Tetapi, apabila mereka menolak perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan, mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama. Malah, Dong Zong terus tegar membawa sikap ‘Cina Dahulu, Malaysia Kemudian’.
Sesungguhnya tuntutan Dong Zong agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih dari usaha membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan. Hakikatnya, Dong Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin menikmati segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka mereka wajib mengamal sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan sebenar-benarnya. Apalah sangat syarat kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi ekonomi negara ini.
Mungkin Dong Zong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila dan tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi dalam bermasyarakat. Jika tidak, negara ini akan suatu hari nanti menjadi kacau bilau juga akibat sikap rasis, tamak dan biadab Dong Zong.
Sikap Dong Zong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam diri anak-anak Cina? Apakah kerana itu mereka hanya pentingkan diri dan wang semata-mata?
No comments:
Post a Comment