RADIO Kedah kelmarin
menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul
yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun
tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.
Kenyataan ini
menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan
Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi
kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.
Sedangkan kita semua
tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan
Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan
Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan
BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi
perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.
Dulu bolehlah, masa
jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi
bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.
Kalau pun ada
‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir
kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah
sejak PAS mengambil alih.
Walaupun kita tahu,
kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli
Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada
tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada
seluruh masyarakat India di Kedah.
Undi, walaupun satu,
mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.
Johari Abdul sedar,
hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang
membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai
penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya,
dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.
Semua inilah
sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula
sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu,
maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh
merosakkan PKR dari luar dan dalam.
Malangnya orang India
pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari
dalam.
Orang India di Kedah
sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana
yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika
peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang
memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi
besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi
mereka di negeri tersebut adalah kecil.
No comments:
Post a Comment