Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 27 February 2012

Mat Sabu jiwa kacau


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan tersebut atas alasan ia tidak melibatkan isu pokok bagi menentukan sama ada kes boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ia melibatkan isu sejarah.
“Menurutnya, kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad boleh dihukum mengikut seksyen tersebut semata-mata berdasarkan intipati kesalahan dan tidak berasaskan fakta sejarah.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa hak membuat pendakwaan adalah terletak di tangan pendakwa raya, justeru hanya pihak pendakwaan boleh menarik balik, menolak atau mengetepikan pendakwaan.
“Mohd. Amin memutuskan demikian selepas mendengar hujahan peguam-peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad serta Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bagi pihak pendakwaan.
“Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

“Ahli politik pembangkang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu.
Mohamad mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment