Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 21 February 2012

Kairy tawar diri DEBAT!!

Khairy sangkal tuduhan Anwar terhadap media berhubung isu Israel


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya media UMNO menggunakan sebahagian sahaja kenyataannya dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung sokongan ketua pembangkang itu terhadap Israel.

Beliau berkata, tuduhan Anwar itu menggambarkan seolah-olah media UMNO yang memutar belit kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar antarabangsa itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di di sini hari ini, Khairy berkata, temu bual yang disiarkan dalam akhbar WSJ jelas menunjukkan bahawa Anwar menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

"Dalam kenyataan tersebut, dia kata dia sokong segala pertahanan Israel,” katanya.

Laman media rasmi Parti Keadilan Rakyat, KeadilanDaily, hari ini melaporkan bahawa Anwar dalam pertemuan bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan bahawa salah faham isu itu timbul disebabkan media UMNO hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh WSJ bulan lepas. 

Sumber : Utusan Online

Seteru juga sekiranya debat antara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tn Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Umum, Anwar Ibrahim menjadi realiti.

GTP tengok debat Ketua Pemuda dengan Rafizi Ramli jauh lutut dari kaki. Mungkin bertemu Ketua Umum Pakatan Haram itu mampu memuaskan hati semua orang.

Harap Ketua Umum mempertimbangkan kemahuan debatnya tu. 

Jumpa komander dulu lah sebelum bertemu panglima perang.. Boleh ker??

1 comment: