Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 27 February 2012

Hanya pandang, tak campur, strategi dipasang untuk menang

UMNO tidak campur tangan sebaliknya akan memantau secara dekat kemelut yang melanda Kerajaan Pas Kedah apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak hairan dengan krisis dalaman parti itu kerana ia dikesan sejak beliau masih mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO negeri itu lagi.

Menurutnya, segala masalah yang timbul dalam parti itu tidak ada hubung kait dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ia membuktikan keretakan yang ada di dalam kerajaan negeri kini semakin besar.

UMNO tak akan campur tangan dalam krisis itu namun kita akan memantau keadaan yang berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan UMNO di negeri itu.

Kemelut yang berlaku adalah cerita lama yang semakin membesar dan kita biarkan kepada Pas sendiri untuk menyelesaikannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri Pulau Pinang di Pasar Aneka Taman Selat di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, permuafakatan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah permuafakatan yang rapuh.

Sumber : UMNO tak campur kemelut Pas

No comments:

Post a Comment