Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 8 February 2012

Bukti demokrasi 'tak ada' dalam parti selain BN. Ni yang kita nakkan sangat??? Pendirian hancur!!! Sudah-sudahlah.. BN tetap hebat dan makin kuat!!!

Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat
G MANIMARAN

ZAID IBRAHIM
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.

Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Zamil Ibrahim dan Tan Tee Beng, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi.

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Kedua-dua pemimpin itu merupakan antara mereka yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita.

Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti.

Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu.

Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu.

Sumber : Sinar Harian

GTP nak kata nih.. Cakap lah apa sahaja.. fitnah lah apa sahaja.. BN masih begitu juga.. semakin kuat dan terus kuat..

Apa you all fikir kami menyokong UMNO dan BN semata-mata di bayar ker??? Minta maaf cakaplah.. Kami berkorban apa sahaja bagi memastikan UMNO dan BN terus meniti di jiwa rakyat!!!! 

Maka, fitnah lah tu kata kami macam-macam.. 

Walaupun parti K.I.T.A ni tak sebesar mana.. tapi perhatian perlu diberikan kepadanya kerana apa sahaja parti yang memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia.. langsung tak boleh di terima..  Meminjam hujah Dato' Hasan Ali.. Parasit semua ni..

No comments:

Post a Comment