Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 16 January 2012

Saksikan Live In Concert - Parasit Ini.. yeah!!!!

  Parasit ini

Saya akan Dedah Parasit dalam PAS - Hasan Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali mendakwa golongan parasit dalam PAS telah menguasai beberapa isu sehingga menyebabkan sebarang pendirian dan keputusan bercanggah dengan prinsip asal parti itu sendiri.

Malah beliau sehingga kini masih berasa kecewa dengan pemecatan beliau sebagai Ahli PAS hanya disebabkan teguran beliau bagi mengembalikan kekuatan dalaman parti yang bertunjangkan pegangan ddan prinsip Al Qur'an serta Sunnah.

"Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini," dakwa beliau ketika Sidang Media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Hassan turut menjelaskan pemecatan beliau juga adalah salah satu keputusan yang mendapat pengaruh dari golongan parasit tersebut.

"Pemecatan saya bukanlah atas sebab kes terdahulu (arak dan SELCAT) akan tetapi ianya berpunca daripada kritikan saya terhadap Anwar," tegasnya lagi.
 
alt
 
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga akan terus berjuang mempertahankan daulat Islamiyah walaupun kini tidak lagi merupakan salah seorang Pemimpin PAS.

Malah Hassan turut menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan 'road show' bagi menjelaskan isu prinsip beliau yang bertunjangkan parti akan tetapi telah dipesongkan golongan parasit dalam PAS menyebabkan beliau dipecat.

"Saya akan buat roadshow nanti untuk menyatakan siapa parasit dalam PAS," jelas beliau.

Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

No comments:

Post a Comment