HOT : HADI AWANG TERPAKSA AKUI PEMECATAN HASAN ALI SECARA TERBURU-BURU SATU KERUGIAN BAGI PAS..
Bagai
retak menanti belah, penyingkiran Hassan Ali oleh PAS dan Pakatan Haram
dianggap satu kerugian bagi kedua-dua pihak, selain membuktikan
wujudnya kecelaruan perjuangan serta budaya pentingkan diri sendiri
selain amalan cantas-mencantas dalam PAS yang sebelum ini dilemparkan
terhadap UMNO.
Hassan
Ali merupakan aset penting Pas dan Pakatan Haram di Selangor kerana
kemahirannya berinteraksi, selain bijak berpidato yang berjaya menarik
perhatian orang ramai serta mempengaruhi mereka.
Mungkin
kerana kehebatan Hasan Ali itu yang menjadi punca kenapa dia dipecat,
kerana ada puak tertentu dalam Pakatan Haram atau PAS yang bimbang
dengan kemampuan dimilikinya, jadi sebelum apa-apa berlaku lebih baik
dia dibuang, apatah lagi ketika namanya mula memuncak dengan isu
perjuangan Islam.
Kalau
kita ikuti ceramah Hasan Ali, beliau memiliki kemampuan untuk
mempengaruhi orang ramai, tambah-tambah lagi Hasan Ali dihormati sebagai
orang yang berpelajaran dan juga merupakan pakar motivasi yang telah
banyak berjasa pada masyarakat.
Tidak
dapat dinafikan Hasan Ali merupakan aset dan senjata yang sangat
penting bagi pakatan haram untuk mendapatkan sokongan orang Melayu
terutamanya di Selangor bagi pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi
malang bagi PAS dan pakatan haram, aset dan senjata terbaik mereka
sudah menjadi racun yang sangat berbisa buat mereka disebabkan kebodohan
dan keangkuhan mereka. Walaupun apa yang berlaku selepas ini, PAS
terpaksa akui memecat Hasan Ali merupakan satu kerugian yang besar bagi
mereka...
INI SEMUA ADALAH BALA YANG DITURUNKAN ALLAH SWT, APABILA MASA JATUHNYA PAS SUDAH HAMPIR, MAKA INI HANYALAH SEBAGAI ASBAB SAHAJA.
ReplyDeletePAS TELAH PUNAH KERANA ULAMA YANG MEMENTINGKAN DUNIA DAN AJARAN SONGSANG.