Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 26 January 2012

Muhd Sha'ani Abdullah tidak perlu lagi jadi suara SUHAKAM kerana tidak bertindak ADIL.. Bard Simpson yang kata.. Tak caya, klik lah tengok.. Apa darrrr..

Polis Tak Bodoh, Yang Bodoh Adalah Pesuruhjaya Suhakam


Semalam ketua sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang dikenali sebagai ABU yang mana ianya diketuai oleh orang yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua AMK Pusat di tangan Shamsul Iskandar telah pergi membuat laporan di Suhakam berhubung insiden di Kampung Jalan Kebun Sabtu lepas.
 
Saya tidak mahu pertikai hak dia untuk membuat laporan kepada Suhakam. Tetapi apa yang mengejutkan adalah kenyataan daripada Pesuruhjaya Suhakam , Muhd Sha'ani Abdullah, selepas beliau menerima laporan berkenaan.
 
Beliau terus naik angin dan berkata polis bodoh serta tidak matang dalam menangani kejadian tersebut. 
 
Sungguh mengejutkan !

 
Dengan laporan dari sebelah pihak yang mewakili pertubuhan tidak berdaftar dan entah apa yang dikelentong mereka, tanpa memanggil polis memberi penjelasan terlebih dahulu, Pesuruhjaya Suhakam terus cop polis bodoh.
 
Bukan polis yang bodoh, yang bodoh adalah Muhd Sha'ani Abdullah.
 
Sebagai Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani mempunyai standard yang jauh lebih tinggi dari pemimpin pertubuhan yang tidak berdaftar dan beliau mesti tahu fakta serta tahu tanggungjawab beliau.

 
Suhakam sebagai sebuah badan bebas yang berfungsi seperti sebuah mahkamah dan Sha'ani sendiri sebagai seorang pesuruhjaya yang berfungsi seperti seorang hakim sepatutnya perlu dengar penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan dan mengeluarkan sebarang kenyataan. 
 
Kerajaan menubuhkan Suhakam dan menyalurkan bantuan berpuluh juta setahun kepada Suhakam adalah untuk tujuan hak asasi rakyat. Bukannya untuk pertahankan kerajaan, bukan untuk berlawan dengan kerajaan dan bukan untuk pesuruhjayanya bermain politik. 
 
Muhd Sha'ani tidak patut lagi berada dalam Suhakam kerana beliau sendiri sudah tidak ada ciri-ciri hak asasi. Beliau tidak beri peluang kepada polis untuk mempertahankan hak asasi mereka, sebaliknya beliau terus mengcop polis bodoh.
 
Ciri-ciri hak asasi sudah tidak ada dalam dirinya dan mana mungkin orang-orang yang tiada ciri-ciri hak asasi terus berada dalam sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi. Dia harus berundur dari jawatannya itu secara sukarela. Kalau dia tak berundur juga maknanya dia bodoh. 
 
 
GTP nak cakap apa pun tak tau lah dengan pengasas SAMM dan ABU nih.. Banyak sangat produk asas yang dia nih cuba duk mencuba.. tapi menyalak tetap 'tang tu jugak'..
 
Ko nih dah betul-betul jadi orang bulan.. Ke kanan kau hebohkan Hindraf, ke kiri ko hebohkan Bersih 2.0 la.. 901 la.. AUKU la.. Macam-macam kau cuba pusing tapi semua pun 'kong ko ling kong'.

 GTP langsung tak takut malah kalau jumpa si Bard Simpson nih memang nak tunjal kepala dia dengan jari-jari halus GTP nih.. hihi..

 GTP tak takut dengan perjuangan yang mahu melihat UMNO/BN terus gagah di bumi Allah Malaysia ini.

GTP juga setuju dengan pandangan RBF Online ni.. lebih baik Muhd Sha'ani Abdullah ni jadi muka buku saja dari jadi muka tembok yang tak reti bahasa objektif penubuhan SUHAKAM.

Nampaknya, di pihak pengurusan SUHAKAM kena menilai sendiri dan perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Ni bukan cerita sebelum terjadi apa-apa.. ini sudah terjadi dan berlaku pun.. langsung tiada apa-apa tindakan bijak dari pengurusan.. jangan sampai cara dan adab dah carca marba baru nak kata kita perlu mengubahnya..

Sebagai pejuang cyber, GTP pun rasa jelak juga.. Bertindak adillah kepada semua dan mengambil kira semua aspek.
 
Pendek kata, sila ambil tindakan ke atas Muhd Sha'ani Abdullah, Pesuruhjaya Suhakam

1 comment:

  1. suhakam sebuah badan ngo sepatut nya kena adil sebelum membuat kenyataan bahawa polis bodoh. Sepatutnya selidiki dulu dari kedua2 belah pihak atau turun padang untuk mendapatkan reaksi penduduk yang terlibat pada masa kejadian tersebut.Sebagai persuruhjaya suhakam sepatut buat penyelidikan dahulu dan jgn menggunakan keterangan dari sebelah pihak. Olih itu berfikir atau selidiki dulu sebelum menggeluarkan kenyataan BODOH!!!! Rakyat memerhati..

    ReplyDelete