Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 10 December 2011

Sampai mati Nik Aziz berdendam dengan UMNO

Nik Aziz tidak peduli dakwaan enggan undur akibat tiada pengganti

 Gambar hiasan

KOTA BHARU, 10 Dis : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan menyatakan dirinya tidak mahu bersara daripada politik kerana tiada pemimpin lain boleh menggantikan tempatnya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini dirinya masih diperlukan PAS dan beliau akan terus berada dalam politik.

Itu tuduhan dia, orang nak saya, nak buat macam mana, dia tak laku, katanya selepas kuliah Jumaat di sini, kelmarin.
 
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau tidak mahu bersara kerana tiada pemimpin lain dalam PAS mampu menggantikan tempatnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkannya segera bersara daripada politik memandangkan sudah lama menyandang jawatan berkenaan, Nik Aziz berkata, beliau melawan Dr Mahathir daripada awal sampai akhir.

Saya lawan dia dari awal sampai akhir, nak ikut (bersara) macam mana, siapa suruh dia (Dr Mahathir) berhenti, waktu dia berhenti dulu dia cakap tak boleh pimpin orang Melayu, tak berjaya pimpin orang Melayu.

(Pada waktu itu) saya jawab seorang dan berada di Siam (Thailand), dah mu (kamu) tarik secara songsang, Mahathir tarik orang Melayu secara songsang, orang Melayu beragama Islam, lengkap dalam Islam tiba-tiba dia tolak Islam ikut pandai dia, mana boleh orang Melayu ikut dia, katanya.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, kini Dr Mahathir menyebut kepentingan Melayu bersatu, namun pada masa sama beliau mahu tahu apa makna bersatu itu.
 
Sekarang dia menyebut Melayu (supaya) bersatu, memanglah bersatu, tapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau Islam. Islam datang untuk manusia seluruh dunia, kenapa ungkit (mengenai) orang Melayu ini. Cina akan sedih dan berdendam bila sebut Melayu, Melayu, katanya. 
 
p/s : Puak PAS kata Nik Aziz itu ulamak..betul ke? Siapakah yang mengiktiraf Nik Aziz sebagai ulamak?? 
 
Nik Aziz merupakan seorang pemimpin sebuah parti politik di Malaysia sahaja. Parti tersebut adalah PAS. Oleh itu boleh dikatakan semua ahli PAS menganggap Nik Aziz sebagai ulamak hanya kerana Nik Aziz pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di India, bukan di Arab Saudi/Mesir. 
 
Jadi di sini kita sendiri faham bahawa Nik Aziz hanya diiktiraf oleh ahli PAS sahaja, bukan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

1 comment:

  1. BEKAS PENYOKONG PAS11 December 2011 at 01:13

    Ulamak yg sebenar ulamak (Ulamak Akhirat) tidak akan berkata "sanggup berkawan atau bersahabat atau menerima pertolongan dari syaitan" kerana syaitan adalah musuh yg nyata bagi orang yg beriman.

    Jadi kalau Nik Aziz lupa akan benda asas ini - ulamak Nik Aziz hanyalah "gelaran" dari manusia semata-mata dan bukannya atau jauh sekali pengiktirafan dari Tuhan Semesta Alam.

    ReplyDelete