Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 6 December 2011

Puteri akan terus menyerang

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Seriwani Sabtu berkata setiap ahli Puteri harus bersedia dan melupakan segala sengketa dalaman kerana agenda utama dan paling penting yang menanti kini adalah Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

Katanya, Puteri harus menfokuskan kepada matlamat dan sasaran kepada generasi wanita muda agar mereka menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Oleh itu jelas beliau setiap program yang direncanakan mestilah bermatlamatkan perjuangan UMNO dan mengikut prinsip Pergerakan Puteri.
“Bagi mencapai apa yang telah direncanakan, ahli Puteri juga harus berlapang dada dan terus menyokong sesiapa sahaja yang akan dicalonkan kelak tanpa ada sebarang persoalan. Ini kerana, matlamat utama perjuangan Puteri adalah membantu parti memenangi PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar. Gunakan segala medium yang ada di samping memperkukuhkan lagi semua medium lain bagi melancarkan setiap agenda membantu parti.

“Janganlah kita memikirkan mengenai calon kerana itu bukan tugas kita. Setiap calon yang dilantik kelak adalah calon yang berkelayakan dan memenuhi kreateria sebagai seorang calon yang boleh menang. Oleh itu, walau siapapun calonnya, kita wajib memberikan sokongan penuh demi parti yang tercinta,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Selain  itu jelasnya, Puteri tidak akan lagi bersifat bertahan kerana sekarang bukan masa untuk berdiam diri. sebaliknya pergerakan itu akan memulakan serangan dan terus menyerang.

“Dasar ucapan Presiden Parti  juga telah menjelaskan, kita bukan sahaja memerlukan ahli UMNO tetapi kita memerlukan orang UMNO. Oleh itu kita perlu menanamkan di dalam diri bahawa sebagai orang UMNO, kita harus ada sikap nilai-nilai murni, setia dan taat kepada parti kerana  agama, bangsa dan negara.

“Oleh itu, sebagai orang UMNO, kita harus menyerang segala tohmahan pembangkang dan menggempur setiap rakyat bagi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti yang paling layak untuk disandarkan harapan demi nasib orang Melayu dan kaum-kaum lain.

“Serapkan roh perjuangan agar kita tidak lagi terpesong dan terus bergerak dalam kumpulan yang besar dalam bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan besar yang sedia menanti iaitu PRU 13,” ujarnya Seriwani.

No comments:

Post a Comment