Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 30 November 2011

Puteri ikrar jadi benteng paling hadapan pertahan maruah: Rosnah



Pergerakan Puteri UMNO berikrar untuk menjadi benteng paling hadapan mempertahankan maruah Islam, Melayu dan parti daripada segala tohmahan dan cercaan pihak lain yang sentiasa cuba meletakkan agama dan bangsa sebagai pertaruhan politik bersifat murahan.


Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu juga sudah sedia turun ke medan perang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) bersama jentera yang akan menangkis segala fitnah dan menjuarai hati rakyat.


"Saat Islam diperlakukan seperti kambing hitam dan kuda tunggangan, akhirnya yang dihina, dicerca dan ditertawa itu apa? Agama kita.
"Ketika hak bangsa dan ketuanan kita dijual dan dijadikan modal politik murahan, akhirnya yang dipijak, disepak dan diterajang itu siapa? Bangsa kita.

"Maka bangunlah srikandi bangsaku. Kalau panji perjuangan kita dikoyak dan dibuang, siapa yang akan bangun dan mengibarkannnya semula? Puteri," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan Puteri UMNO di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment