Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 30 November 2011

Timbalan Presiden UMNO sempat menjengah

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri sempat meluangkan masa hadir di Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedang bersidang.



Petikan ringkas beliau ketika merasmikan Perasmian Serentak Pemuda, Wanita Puteri malam tadi ;

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran … Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap … Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

No comments:

Post a Comment