Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 8 November 2011

Pertama dan terakhir buat Nurul Izzah!!!! Pencen awal untuk dirinya..

REVISION : Apa yang Kak Long Izzah buat selama ini di Lembah Pantai kan??
Jika macam ni lah sejarah kepimpinan kak long sebagai ahli parlimen Lembah Pantai, Kak Long kena kaji banyak segi lah. Politik ni bukan kita nak fikir kes papa jer kak oi.. 

Sudah lah kak long, suami dah ada, anak dah ada, PRU-13 akan datang ni, bersedialah menjadi suri rumah tangga dan kiranya nak kerja sangat, kak long gunalah ijazah yang kak long dapat dari universiti tempatan ni untuk hidup.

Gaji di sektor swasta ke, sektor kerajaan ke ok dah untuk membantu suami meringankan beban keluarga. Tok sah lah nak melalak melolong lagi nak kata apa yang kerajaan Barisan Nasional semuanya tak betul. Masyarakat tak mahu di tipu lagi kak long oi..

Lipat lah sejarah silam papa awak yang penuh onar tu. Paling tidak orang Malaysia masih mengakui papa awak tu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Onar tetap onar yer kak long.. susah lah nak tegakkan benang yang basah, sekali papa awak dah buat kesalahan yang amat besar pada seluruh rakyat Malaysia dan apa cara sekali pun tak mahu mengaku, Allah Maha Adil dan saksama.

Berundurlah secara terhormat sebelum kak long di naifkan oleh masyarakat kelak. 

Bukan Nurul Izzah Anwar ke Ahli Parlimen Lembah Pantai??

KUALA LUMPUR 14 Julai – Bazaria Pantai di Pantai Permai, Pantai Dalam di sini yang mula beroperasi sejak beberapa minggu lalu adalah bukti kejayaan kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan suasana perniagaan di ibu negara selesa kepada semua pihak.

Selain memberikan peniaga ruang terbaik untuk memajukan diri, bazar itu juga berjaya mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu berikutan kewujudan gerai di tepi jalan sebelum ini sehingga menjadi rungutan banyak pihak.

Kini, semua peniaga gerai itu akan berpindah ke situ dan orang ramai boleh menjamu selera dalam suasana yang lebih selesa dan selamat.

Peniaga yang ditemui mengakui mereka sangat teruja menjalankan perniagaan di situ kerana kemudahan dan keselesaan yang terdapat di situ ternyata jauh lebih baik daripada gerai lama mereka.

Seorang pengusaha butik pakaian, Nur Hafizah Alias, 29, berkata, dahulu dia hanya berniaga di tepi- tepi jalan sahaja, namun setelah mula berniaga di bazar itu, perniagaannya kini lebih teratur.

Katanya, selain lokasi yang sangat strategik yang memudahkan orang ramai untuk mengunjungi bazar itu, pelbagai kemudahan turut disediakan, di samping mempunyai landskap yang menarik.

“Bazar ini dilihat jauh lebih selesa berbanding kawasan perniagaan yang dulu, yang rata-ratanya terletak di tepi jalan. Apa yang lebih penting ialah para peniaga di sini kini mempunyai lesen. Dahulu kami tidak mempunyai lesen,” katanya.

Seorang peniaga yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pantai, Puchong, Abdul Latiff Dawi berkata, bazar itu telah merubah landskap perniagaan Pantai Permai kepada yang lebih baik.

“Gerai-gerai di sini lebih tersusun dan sangat selesa berbanding gerai pada masa lalu. Perkembangan ini merupakan satu transformasi kepada peniaga setelah sekian lama menjalankan perniagaan di tepi jalan,” katanya.

Abu Budin, 75, yang mengusahakan perniagaan runcit pula merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Amona kerana mewujudkan bazar tersebut.

Katanya, dia kini berniaga dengan lebih selesa di kawasan perniagaan yang sangat cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan DBKL, Azlan Abdullah berkata, proses pemindahan peniaga ke bazar tersebut sedang giat dijalankan.

Katanya, dalam dua minggu lagi, para peniaga dijangka akan memenuhi bazar tersebut dan bazar itu akan beroperasi sepenuhnya.

Sumber: Utusan Malaysia

 Alhamdulillah, segalanya lebih sempurna

 KUALA LUMPUR, 3 Nov - Para peniaga di Bazaria Pantai di sini mengaku bertuah kerana berpeluang menjalankan perniagaan di situ yang ternyata lebih selesa dan selamat.
Kata mereka, walaupun saiz gerai lebih kecil berbanding dahulu tetapi persekitaran perniagaan adalah lebih baik dan pelanggan nampak lebih suka datang ke situ.
Oh kak long oi.. Apa nak di kato lagi tu???
Peniaga makanan, Nik Masni Ahmad berkata, gerai yang kecil bukan satu masalah besar kerana apa yang lebih penting ialah dia dapat peluang berniaga di situ.
"Saya harap peluang berniaga ini di tempat baru akan menjadikan perniagaan ini lebih maju," katanya.
Peniaga bakeri, Othman Kassim, 51, berkata, kawasan Bazaria Pantai sangat strategik dan terdapat pelbagai jenis perniagaan di situ.
"Tempat lama memang lebih luas tetapi ia berstatus 'setinggan'. Di sini kami dapat berniaga lebih tenang dan orang ramai juga lebih mudah untuk datang," katanya.
Katanya, orang ramai juga sukakan tempat itu kerana dengan pelbagai jenis perniagaan yang ada, mereka tidak perlu ke tempat lain.
Peniaga nasi campur, Kasim Saleh, 65, yang juga seorang pesara tentera berkata, dia amat bersyukur kerana berpeluang berniaga di kawasan yang lebih sempurna dengan landskap yang cantik.
Katanya, dengan kemudahan yang lengkap terutama tempat letak kereta, Bazaria Pantai ini menjadikan perniagaan peniaga lebih selesa dan pelanggan berpuas hati.
"Jika dulu, elektrik pun tiada, terpaksa 'tarik' sana sini, kini semua kemudahan itu telah disediakan. Tidak perlu fikir apa-apa, cuma berniaga sahaja," katanya.

3 comments:

  1. Jangan beranganlah UMNo lembah Pantai tetap ditangan PKR

    ReplyDelete
  2. Hihi.. takut ker Lembah Pantai kembali di tangan BN?? haha.. menumpang kerka orang jerlah..

    Bola itu bulat..

    PKRasis.. :)

    ReplyDelete
  3. huhuh best nya dgr Lembah Pantai Ditangan PKR tetapi hakikatnya Penduduk Lembah Pantai Dibantu Oleh Puak2 UMNO.Wei Rakyat x bodoh la..KLO dapat pemimpin Macam Nurul Izzah YG tw goyang kaki dapat duit tapi kebajikan rakyat terbekalai bek xpayah suh die jd wakil rakyat...menyusahkan rakyatnya...
    bukti paling kukuh sekarang dengan berdiri tegak dan kukuhnya PKR,rakyat Dipinggirkan dan ditipu oleh pemimpinnya...esok lusa melayu merempat di negara sendiri...

    ReplyDelete