Anwar membebel panjang sebelum menyertai mesyuarat strategik
pilihanraya PKR kelmarin. Kenyataan Tony Pua kepada China Press – bahawa
Pakatan Rakyat akan mengecilkan jumlah kakitangan awam membuatkan Anwar
pening kepala. Anwar selalu pesan kepada jentera PKR, jangan sampai
hati kakitangan awam terhentak walaupun kita sibuk bermain politik.
Anwar memang mahu pastikan majoriti pengundi perkhidmatan awam akan
diberikan kepada pembangkang.
Malahan, dalam manifesto yang sedang direncana oleh Anwar dan Team
Strategik Pilihanraya PKR akan menggariskan halatuju kakitangan awam
yang lebih baik dan jelas. Banyak yang Anwar hendak tawarkan kepada
kakitangan awam. Termasuk mengambil contoh bagaimana beberapa Negara
Arab memberikan kemudahan kepada kakitangan awam. Model negara Arab yang
kaya dengan minyak menjadi rujukan Anwar. Sumber? PETRONAS.
Apabila sahaja Anwar mendapat laporan media mengenai kenyataan Tony
Pua, dia tersentak dan terus menzahirkan perkataan BODOH. Anwar tahu,
jika UMNO menggunakan isu itu secara strategik, kakitangan awam akan
pantas menidakkan sokongan kepada PR. Ini yang Anwar katakan sebagai
BODOH.
Undi kakitangan awam adalah sama dengan undi Melayu. Hati mereka
perlu dijaga. Strategi 2008 akan Anwar gunakan semula. Satu email khas
akan Anwar sampaikan kepada semua kakitangan awam. Menggunakan data yang
sudah disediakan oleh kumpulan strategik pilihanraya; e-mail kakitangan
awam memang sudah ada di pejabat PKR. Tak ada masalah. Email blasting
akan digunapakai. Kalau ikut cadangan, siap dengan video klip manifesto
PR.
Pengambilan Perkhidmatan Awam 1 Januari – 30 Jun 2007
Kaum………………………………..Melayu……....…Cina………India
Pemohon ……………………………464,000…...9,000.……13,000
% ………………………………...…….84.62%…….1.71%…......2.36%
% ………………………………...…….84.62%…….1.71%…......2.36%
Permohonan (jawatan)…………1,458,560….29,607…..40,796
Panggilan termuduga……....…..160,401…....5,102..……5,107
Hadir temuduga…………………115,103……...3,358.……3,636
%………………………………………80.48%……..2.34%…..…2.54%
%………………………………………80.48%……..2.34%…..…2.54%
Berjaya……………………………….18,618……….927……….639
%……………………………….……..81.35%……...4.05%…….2.79%
%……………………………….……..81.35%……...4.05%…….2.79%
Anwar tahu, hampir 85 % kakitangan awam adalah orang Melayu. Kalau
hilang semua undi kakitangan awam, jawabnya memang demam lah strategi
pilihanraya yang Anwar sedang rancang.
Anwar faham sangat dengan pemikiran kakitangan awam. Mudah percaya
dengan janji. Kalau kali ini Anwar janji langit sekalipun, mereka akan
undi Pakatan Rakyat. Mentaliti kakitangan awam, termasuk guru inilah
yang mahu Anwar gunapakai. Anwar percaya dia boleh.
Tapi DAP janganlah kacau daun. Kalau Tony Pua buat lagi kenyataan nak
kecilkan perkhidmatan awam – jawabnya akan melingkuplah undi yang Anwar
anggap sebagai ‘fixed deposit’ Pakatan Rakyat ini.
Tindakan terbaik oleh Tony Pua tu. Betul jugak kan?? Mana Pakatan Rakyat ni nak 'celup' duit nak bayar gaji kakitangan awam banyak-banyak tu. Lain lah kalau minta tolong kat Israel.. Sampai negara pun boleh tergadai. Apa boleh buat..
No comments:
Post a Comment