Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 7 November 2011

Patut pun Nuar sokong.. ish ish ish..saudara mara rupanya..

GEMPAR : 110,000 BONUS UNTUK ANWAR....SIAPA YANG NAK TOLAK


Ramai juga kawan-kawan di dalam PKR yang memaklumkan perkara sama. Pelik tetapi benar. Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR nampak mengamalkan prinsip ‘elegant silent’ dalam isu program Ambiga dan kawan-kawan. Kalau sebelum ini PKR menjadi antara kumpulan yang paling pantas menyatakan pandangan dan kritikan; tetapi kali ini PKR nampak mahu menilai suasana dahulu. Jangan melompat macam kawan-kawan dalam PAS.
Bagi mereka yang study karakter dan stail politik Anwar – tindakan ini memang jarang dilakukan Anwar. PKR sentiasa sahaja mempunyai pandangan dalam segala jenis isu. Isu pekerja. Isu menu 1Malaysia. Isu apa sahajalah sekalipun – PKR akan tampil dan memberikan pandangan.
Seorang rakan (tidak mahu dikenali) yang memang sudah lama menjadi pembantu Public Relations effort di dalam PKR memberikan pandangan yang sangat fresh dan berbeza.
Semua yang berlaku, tegas rakan lama penulis itu, tidak berlaku di dalam vakum. Semuanya ada perkaitan politik, Dia memulakan pandangan.
Ok…dengan segala kemajuan pemikiran di dalam masyarakat Malaysia; mengiktiraf kelompok LGBT (lesbian, gay, bisexual, transexual) ini adalah sesuatu yang sangat hype dan sesuai dengan mana-mana Negara maju. Kumpulan ini mungkin kecil. Namun kita jangan underestimate.
PKR/Anwar amat memerlukan pandangan/sokongan kumpulan LGBT ini. Mereka yang nampak kecil ini – sebenar-benarnya mempunyai pandangan yang sangat tersendiri. Jika mereka sudah didekati oleh satu ‘kumpulan’; mereka akan setia dan menganggap kumpulan tersebut sebagai ‘pelindung’ kepada enviroment yang hostile kepada mereka. Justeru, PKR perlulah dilihat sebagai kumpulan yang sangat ‘accommodate’ kepada pelbagai trend dalam masyarakat ini. Anwar tahu, kewujudan kumpulan LGBT yang educated, dinamik, komited kepada perjuangan mampu menjadi aset jangka panjang kepada PKR/Anwar sendiri.
Menarik pandangan rakan ini. Justeru, blog ini bertanya berapa ‘estimate’ kumpulan yang selalu dikatakan sebagai PLUs (people like us) ini?
Dia kata, menurut estimate kasar Jawatankuasa Strategik PKR – dalam 110,000 orang di seluruh Negara. Ini berdasarkan banyaknya program yang diadakan sebelum daripada Seksualiti Merdeka. 90 % belum berdaftar sebagai pengundi.
Jumlah ini memang nampaknya kecil – tetapi masih boleh memberikan impak kepada undi kawasan/area tertentu. Kelompok PLUs ini kebanyakkannya based in bandar-bandar besar. Mind you, tegas rakan itu lagi, ‘most of them are successful businessman…and highly educated’.
Nampaknya Anwar akan guna apa sahaja cara, dalam memastikan undi tidak dipersia oleh Pakatan Rakyat dalam apa sahaja keadaan. PAS boleh kata apa sahaja – tetapi Anwar tahu 110,000 undi bukan kecil anak!GA

1 comment:

  1. Bukankah itu cara seorang desperado yang semakin terhimpit tahap keyakinan dirinya. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan keuntungan jangka panjang walaupun sedikit, akan memihak kepadanya. Dalam soal menjayakan hajatnya, desperado tidak memakai peraturan lagi, kerana perjuangannya sudah semakin tersisih dari tujuan asalnya. Berhati-hati dengan desperado ini! dia akan menghalalkan apa sahaja!

    ReplyDelete