Ini pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kenyataan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa dia tubuh NGO sebab tak ada ruang untuknya bersuara dalam parti.
Kata Dr Mahathir, saluran alternatif seperti blog harus dijadikan
platform pemimpin parti politik untuk bersuara, kata bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita boleh guna blog untuk bersuara. Kalau tidak boleh bersuara dalam
parti, kita guna blog. Dalam parti, kadang-kala dia (pemimpin) pun tak
berapa dengar.
"Kita ada kebebasan bersuara. Jadi, kita boleh bersuara tetapi kalau
orang lain tak berapa dengar, kita tak boleh buat apa-apa," katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Dilema Ekonomi
Bangsa Malaysia' di Universiti Putra Malaysia Rabu.
Semalam, Ku Li, yang juga Presiden AMANAH, berkata pertubuhan itu
bebas dianggotai pelbagai fahaman politik untuk menyuarakan apa saja
pandangan berhubung kepentingan rakyat.
Selain kenyataan Ku Li, Dr Mahathir juga ditanya pemberita mengenai cadangan DAP mengurangkan kakitangan awam.
Menurutnya, berdasarkan pertambahan populasi di Malaysia, maka lebih ramai penjawat awam diperlukan.
"Untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam dengan memecat mereka, itu sangat teruk.
"Ketika saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kita mempunyai
kira-kira 13 juta rakyat, namun apabila saya mengundurkan diri, populasi
kita meningkat kepada 26 juta.
Populasi bertambah jadi kita memerlukan
lebih ramai kakitangan awam," katanya sambil menambah penswastaan dapat
menyerap kakitangan awam ke sektor swasta dan mengurangkan perbelanjaan
kerajaan.
Sebelum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan harus memastikan pengagihan
pendapatan yang adil dan saksama di kalangan rakyat pelbagai kaum bagi
mencapai status negara maju.
"Kalau kita sedar pentingnya imbangan antara miskin dan kaya supaya
jurang tidak terlalu jauh, maka kita akan mencapai kemajuan. Kita tidak
boleh terlalu mengejar kemajuan tanpa mengambil kira mereka yang mungkin
tertinggal di belakang.
"Inilah dilema ekonomi Malaysia. Namun demikian, kita dapat
menyediakan rakyat kita supaya dapat merebut peluang yang wujud dalam
negara yang stabil dan tumbuh dengan pesatnya," katanya.
Selain itu, Dr Mahathir menyarankan rakyat Malaysia agar memahami
dilema kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yang
akan 'disertai' kos perbelanjaan serta sara hidup tinggi.
"Maka, kerajaan perlu bijak menangani agar tidak berlakunya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar tidak cerewet dan terlalu memilih pekerjaan demi kepentingan ekonomi negara.
Dr Mahathir berkata kebanjiran pekerja asing di negara ini menjadikan
golongan itu cekap dalam sesuatu bidang, dan pada masa yang sama,
pendapatan mereka meningkat serta menyebabkan pengaliran wang ke luar
negara meningkat.
"Ini (pengaliran wang ke luar negara) secara tidak langsung menyebabkan negara kita akan menjadi miskin," katanya.
Sumber : AgendaDaily
No comments:
Post a Comment