Jamil Khir jelas isu Haji PM...
Cubaan portal dan blog pro pembangkang nak jadikan isu soal ibadat
Haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijawab hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Khamis menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib
Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji
sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah
disalah tafsir.
Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri
Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai
mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan
Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan
ibadah dengan baik.
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil
Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang
baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan
haji.
"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai
ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah
sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu,
selesai wukuf.
"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di
Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.
"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang
itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.
"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.
Sebelum ini, sebuah portal pro pembangkang menyiarkan memetik Mufti
Perlis Dr Juanda Jaya menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji
seperti yang disiarkan PM.
Dr Juanda memberitahu beliau dihubungi oleh portal berkenaan untuk
mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja
tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.
Mufti Perlis tersebut kemudiannya meminta portal berita tersebut
memperbetulkan kenyataannya bagi mengelakkan persepsi buruk - 10/11/2011
p/s : Apa macam kumpulan-kumpulan kiPAS, DAPig dan PKRasist.. Ada sekolah kar?? Hai.. betulkan lah kenyataan dari Mufti Perlis tu.. Apa pasal nak cakap pusing-pusing pasal kenyataan Mufti Perlis tu pulak.. Gila ker korang..
No comments:
Post a Comment