Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 4 November 2011

Apa pendapat Aziz Bari, pakar perlembagaan mengenai isu ini pula??

  Apa pendapat Aziz Bari tentang isu nih???

Ambiga , Majlis Peguam & SUARAM dalang perjuangan LBGT

Akhirnya pihak polis mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka yang didalangi oleh Majlis Peguam dan SUARAM. Akhirnya Nik Abdul Aziz turut menyuarakan tentangannya terhadap festival berkenaan. Begitu juga dengan Pemuda PAS.

Yang tidak menentang cumalah Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Namun yang paling jelas sangat hendak menjadi juara kepada perjuangan menuntut kesamaan hak buat golongan seks bebas adalah Majlis Peguam dan SUARAM. (Ambiga lah tu 'the queen' of perpecahan)



LBGT dan perjuangannya sebenarnya bukan lagi perkara enteng yang bersifat remeh. Dengan sokongan daripada kuasa-kuasa besar, seks bebas dan seks sesama jenis sedang menempuhi fasa yang lebih menyenangkan dengan bermodalkan demokrasi. Sesebuah negara tidak demokrasi jikalau tidak membenarkan seks sesama jenis. Sesebuah negara dianggap kuku besi dan tidak bertamadun kerana menghukum para pengamal seks bebas dan seks sejenis, terutama sekali dengan hukuman mati seperti Iran.

Dalam dekad kebelakangan ini, Majlis Peguam merupakan antara pendesak paling kuat untuk meliberalkan masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang mereka pandang sebagai elemen demokrasi dan kebebasan. Majlis Peguam Malaysia sebelum ini merupakan antara penyokong kuat perhimpunan BERSIH 2.0 tetapi memberi komen yang negatif terhadap HIMPUN. Majlis Peguam Malaysia juga merupakan pihak yang paling lantang memperkatakan tentang kebebasan beragama dan mendesak agar mereka yang menganuti agama Islam juga dibenarkan keluar dari agama itu tanpa sebarang hukuman, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peguam yang juga merupakan ahli Majlis tersebut yang telah memurtadkan orang Islam seperti yang berlaku kepada Aisyah Bukhari.

Pakatan Rakyat dan segala bala tentera mereka yang terdiri daripada NGO semakin menonjolkan isu kebebasan seksualiti apabila Anwar Ibrahim diheret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan di luar tabii. Laungan tentang kebebasan berseksual dibuat untuk menghalalkan perbuatan liwat yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam meliberalkan dan meringankan pandangan terhadap perbuatan keji tersebut, amat ketara sungguhpun sehingga sekarang, Anwar belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Seksualiti Merdeka. (Mana Anwar berani lagi nak buat kenyataan.. dia dah tau tunggu masa nak melingkup jer..)

Selain Majlis Peguam dan SUARAM, turut sama terlibat dalam SEKSUALITI MERDEKA adalah EMPOWER, MARINA CHIN ABDULLAH, AMBIGA SREEVANASAN dan XAVIER JEYAKUMAR. Kesemua mereka ini merupakan tulang belakang Anwar Ibrahim. Mereka ini sangat aktif apabila Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan seksualiti. Inilah juga golongan yang menggunakan Pakatan Rakyat untuk memastikan seks bebas merupakan rukun di negara ini. (Tak terjangkau di fikiran patik sekiranya Malaysia sebuah negara Islam akhirnya terdapat satu rukun yang memberi hak kebebasan kepada golongan LBGT. Golongan ketika zaman Nabi Luth dah mai pulokkkk dohhhh.. begitu onar sekali..)

Anwar Ibrahim mungkin tidak kelihatan dalam Festival Seksualiti Merdeka, tetapi kita boleh meneka mengapa Festival tersebut diadakan pada penghujung perbicaraan liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya. Motif festival tersebut amat mudah difahami iaitu untuk menunjukkan perbicaraan liwat dan keputusan perbicaraan yang sekiranya tidak berpihak kepada Anwar, membuktikan Malaysia mendiskriminasi golongan songsang itu. (Betul tu.. golongan Anwarism ni seboleh-bolehnya akan mengaburi mata semua orang.. tetap menjadi mangsa ialah rakyat jelata terutama golongan muda yang menerima maklumat secara langsung tetapi tidak memikir akan kesannya. Cuma mereka ada yang ada detik dan berfikiran waras saja mampu berfikir tindak tanduk yang dilakukan oleh golongan Anwarism ni.)

p/s : Dengarnya Wan Azizah dah tak terkata apa dah... dapat laki playboy dan playgay ni memang payah.. Sabar jer lah kak wannn.. sian muuuuu chek tengok dohhhh.. Jam Ombega sampai laaaaaa nih tak jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment