Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 14 October 2011

Kita hanya dapat menikmati wawasan 2020 sekejap saja sekiranya kita terus begini.. terus baca sini


Melayu Hilang Kuasa 10 Tahun Lagi.




Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi ‘berhutang’ dengan pemberi ‘bantuan’ berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
“Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
“Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu),” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.
Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
“Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah,” ujarnya.
Sumber : n9kini.net

2 comments:

  1. Khalid Samad menang kes saman lawan Utusan. Sepatutnya Ahli Parlimen ini sedar dia sendiri boleh disaman kerana banyak keluarkan kenyataan menyinggung pihak lain. Kami ingin berkongsi masalah penduduk Islam Sek 19 yang terpaksa berdepan masalah kuil Hindu. Pihak kuil mendapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Kita kesal ada pemimpin Melayu Islam yang terlalu menjaga hati puak kafir tanpa peduli kesan yang dihadapi penduduk Islam. Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi panas pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit. Th 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas th 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Semua setinggan dipindahkan th 2005. Pd 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT. Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai disambung lagi. Pada 28/7/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil telah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk bertahun2 minta kuil pindah jadi sia2. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil. Aktiviti kuil bertambah hebat selepas itu. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keadaan bertambah bising bila ada keramaian, mereka mula bergendang ketika azan Maghrib. Waktu bergendang semakin panjang hingga tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh setiap kali mereka berkumpul ramai dikuil itu. Aduan demi aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO Dis 2008 ketika gangguan semakin kronik. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 8/1/2009 (semak Minaq Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil). Pada 10/1/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Sek 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Begitu hebat komen pembaca blog YB Khalid memujinya membela kuil Hindu. Pada 12/1/2009 artikel Khalid Samad Undang2 DS dan BN menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/8/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk yg tinggal berhampiran kuil. NGO yang bantu penduduk Sek 19 disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu. Pada Ogos 2009 TV Selangor siarkan sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Sek 19 ke Sek 23. Kenapa menuduh NGO sebagai UMNO yang menimbulkan ketegangan di Seksyen 19? Siapa sebenarnya yang memulakan provokasi kepada penduduk?. Menyalahkan NGO sama seperti menyalahkan penduduk yg minta bantuan mereka.

    ReplyDelete
  2. Sambungan
    Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?.Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan JPM? Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula? Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam?. Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk juga yang terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri. Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Nov dan Dis 2008 ganguan bising menjadi2. Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan menganggu ketenteraman awam. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang mengurangkan sedikit masalah penduduk. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23. Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan. Laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil dan bantahan penduduk Islam Sek 23. Kenapa tapak kuil dipagar walaupun penduduk buat bantahan?.Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu? Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh” Kenapa bila Hindu buat provokasi kepada penduduk Islam tidak ada tindakan segera?. Tetapi Melayu bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Banyak laporan polis dibuat. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun?. Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. Pihak Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Sek 19 dibela dan disokong. Selepas itu tulis Keadilan Untuk Semua? Adilkah jika yang dipersalahkan hanya orang Islam sahaja? Wakil Rakyat sudah berjanji selesaikan isu pemindahan kuil Sek 19 pada Nov 2010 tetapi selepas setahun berlalu kuil masih disitu juga.

    ReplyDelete