Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 1 September 2011

Puteri Umno Mahu Mat Sabu Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

PAPAR: Pergerakan Puteri Umno mendesak Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya meminta maaf kepada rakyat negara ini atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai oleh pemimpin berkenaan bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang m
Beliau berkata Puteri Umno kecewa dengan kenyataan Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan mahu beliau menarik balik kenyataannya itu.

“Ini merupakan satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terlibat terutama sekali keluarga pejuang-pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Hari Raya.

“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya anjurannya di Dewan Masyarakat Papar, di sini, Khamis. - BERNAMA

4 comments:

  1. xpayahsuruh dia mintak maaf la..maaf dia majoriti rakyat tidak terima..apa yang kami mahu..KDN bertindak tegas dengan menyumbat mat sabu ni dalam ISA....

    ReplyDelete
  2. Tahniah KP!... sy sokong.

    walaupun sy tidak mengenali Mat Sabu secara dekat, tp yg jelas sumbangan besar dia dlm politik hanyalah kontroversi2 murahan selain melabelkan orang2 UMNO dengan perkataan2 yg dasyat. Selain telah merosakkan imej Pas, beliau menjadi liabiliti "TETAP" kepada pas selagi mana dia masih berada di posisi sekarang.

    ReplyDelete
  3. Polis Di Bukit Kepong tahun 1950 taat pada Ratu Elizabeth, menyanyi lagu Kebangsaan "God save the Queen", menerima gaji mata ang kertas yang ada gambar Ratu Elizabeth.
    Pejuang negara mana, yer?

    ReplyDelete
  4. As-salam bro ke mak lampir ke??

    tak payah la nak meroyan baking powder si mat sabu pengkhianat tu plak.. dah terbukti Malaysia berjaya berdiri di atas kaki sendiri.. puak korang jer memandai nak ubah sejarah.. kelakar lah atuk nih.. sudah2 lah.. walaupun sejarah tu pahit nak ditelan.. terima lah hakikat Malaysia sudah berjaya mentadbir negara sendiri.. Ratu Elizibeth pun telah mengiktirafkannya..

    Sudah2 laah broooo ke atuk ke mak lampir keeeeerrr.. Malaysia ni bekas jajahan Bristish broooo.. terima sajalah hakikat tu.. tp tak tau plak anak muda seperti diriku ini.. kalu pejuang negara yg bro ker atuk ker mak lampir maksudkan tu moyang bro yg komunis brooooooooo...

    lawak lah broooooooooo.. muhasabah diri lah broooooooo... kesian broooooooo.. nak menangkan mat sabu yg dah mengkhianati negara nih.. sapa pejuang yg bro maksudkan?? tok moyang brooo yg komunis ker??? siannnyaa brooooo..

    ReplyDelete