Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 12 September 2011

Nak ke tau??? Mat Sabu tengah pikat KJ masuk PAS..

Saya pejuang Islam, bukan pejuang komunis - Mat Sabu
Sumber : harakahdaily


Umno warisi penjajah

Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.

Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut. (PAS akhirnya membuat pengakuan Mat Sabu menyokong komunis..)

Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar. (PAS masih nak berdolak dalih..)

Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS. (Cakap tak serupa bikin puak PAS nih)

Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.

Khairy budak baik

Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. (KPUM Khairy Jamaluddin baca pun boleh ketawa terbahak-bahak nih.. Ni maknanya PAS sendiri tidak mengiktiraf pemimpin pelapis yang ada dalam PAS. Maknanya??? PAS ketandusan pemimpin pelapis sampai nak import pemimpin dari parti UMNO. Apa?? Ingat game bola ke??)

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.

p/s : Apa macam??? Mat Sabu boleh cakap apa sahaja selepas mengeluarkan fakta yang merobek hati dan jiwa anak-anak bekas Anggota polis Tragedi Bukit Kepong.  Hari ini dia boleh juga berkata UMNO dikuasai minda penjajah. 

Ini semata-mata cita-cita setinggi gunung PAKATAN HARAM!!! Apa pun tak boleh pakai.. Tidak langsung memikirkan sensitiviti waris Keselamatan Negara yang berhempas pulas melawan penjajahan komunis ketika itu.

Sekiranya nak bercerita lebih-lebih pun tak guna.. Ramai naik jelak dengan PAKATAN HARAM nih.. nak-nak lagi  dengan Mat Sabu yang tengah menjilat ludahnya sendiri. Hahahaha.. Anwar al-Juburi yerrrrr?? Orang tu jugalah Mat Sabu tengah jilat sekarang.. Kuasa punya pasal...

Rakyat Malaysia tidak akan berkerat rotan melihat Malaysia terus dihancurkan PAKATAN HARAM. Fikir-fikirkanlah..


2 comments:

  1. Tak perlu tangkap Mat Sabu!
    Dia sudah pun terjun dgn labu2nya.
    Kenyataan Mat Sabu mengenai Peristiwa Bukit Kepong yg disokong penuh oleh PAS akan hanya mengurangkan undi dari kaum Melayu dlm PRU 13 nanti.
    PAS ini di bawah pemimpin2 yg tidak begitu cerdik yg telah diangkat dan disokong oleh ahli2 PAS yg rata2 tidak cerdik, sedang menghancurkan hajat PAS utk memerintah Malaysia.
    Semalam RTM telah menayangkan Peristiwa Bukit Kepong. Kita telah lihat lakonan semula betapa kejamnya komunis dan Mat Indera telah membunuh polis, keluarga dan membakar Balai Polis Bukit Kepong. Komunis yg begitu kejam inilah yg disanjung sangat oleh PAS yg tak sedar diri.
    Cadangan saya kpd DS Najib adalah utk BN mensponsor tayangan Peristiwa Bukit Kepong di TV beberapa hari sebelum PRU13, sebab Melayu mudah lupa!
    Tengok nanti hasilnya, Pakatan Rakyat akan kalah teruk! BN akan memperolehi semula 2/3 majoriti di Parliamen.
    Lepas itu jangan lupa utk meminda perlembagaan dan menyekat segala tindak tanduk parti2 pembangkang. Seelok2nya semua parti pembangkang yg ada diharamkan kerana menyusahkan rakyat. Pemimpin2 Pembangkang yg terang2 menyusahkan rakyat dimasukkan ke dalam ISA.
    Barulah Malaysia akan aman dan maju!

    ReplyDelete
  2. Salam all...

    Mat Sabu ibarat denak... biar burung2 lain mengerumum tergila2 kan suaranya.

    Burung2 yg mempunyai spisis yg sama jenis suka makan semuat sokong komunis akan bersama bersama Mat Sabu, kita boleh kenal burung2 tersebut. Biar dia merasakan dia bebas...Petualang negara tdk akan terlepas begitu saja!

    Bagi Pas semua tdkkannya bermotif mencari pengaruh politik tdk kira apa sahaja mereka sanggup lakukan waima sanggup keluarkan fatwa menggeliru umat islam sekali pun usahkan sokong komunis itu hanya perkara kecik bagi mereka....

    ReplyDelete