Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 16 September 2011

Fuziah Salleh, Naib Presiden KeAdilan dengan onarnya..

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi. 


“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.


“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sumber : KeadilanDaily
p/s : Nampaknya perempuan ini lebih suka mencari kontraversi hangit-hangit tahi ayam. Dah tak ada kerja?? Penstrukturan semula pekerja asing tak ada kena mengena dengan layak mengundi lah. Sudah-sudah lah buat onar Fuziah Salleh oi.. Biarlah Presiden Bangladesh tu nak cakap apa pun.. tak betul tu.. Untung kerajaan Malaysia bagi peluang rakyatnya bekerja di Malaysia.. PAKATAN HARAM.. cakap apa pun, semua fitnah belaka.

1 comment:

  1. banyak banyak le agaknya dia dapat bayaran buat perkara2 yg memerlukan dia ni tebal muka ye? kes lynas dah tutup buku ke?

    ReplyDelete