Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 17 September 2011

Eleh, sertai BN ke UMNO ke, MCA ke, MIC ke.. sama saja..


“PM terima 7,000 permohonan bekas pembangkang sertai BN”

1- 7,000 bekas penyokong pakatan PAS-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini, telah mengambil keputusan menyokong BN.

2- Bernama melapurkan  Najib menerima ‘7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN)”

Bernama berkata “Beliau(Najib) menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN “Sirih Pulang ke Gagang”

“Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita.”
– Najib kepada Bernama

3- Mungkin 7,000 pemohonan tersebut menyerah borang kepada Najib untuk diserahkan kepada parti-parti masing-masing sama ada MIC, MCA atau pun Umno; bukannya menyerah borang untuk menyertai Barisan Nasional.

4- Mungkin ini lah teknikal yang penganut-penganut Pas, pusing-pusing, kerana mereka semuanya loya-loya belaka!


p/s : Tahniah Dato' Seri Najib!!! GTP sentiasa menyokong usaha beliau. Tak perlu cakap banyak. Buat sahaja kerja.


Sokong UMNO, MIC, MCA, Gerakan sama saja dengan sokong Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment