Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 1 August 2011

Yang ini betul-betul sakit, bukan cobaaan..


Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkeadaan stabil dan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Walaupun berlainan fahaman politik, pada bulan Ramadhan yang diberkati dan dimuliakan, semoga Allah memberi rahmat ke atas beliau.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantung ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya." Ujar Mohd Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar beliau.


Turut menyusul pada hari ini ialah Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang mengadu sakit jantung dan dihantar segera ke Institut Jantung Negara (IJN). 

p/s : ada masa terfikir-fikir dibenak fikiran, waktu sihat dan mampu menggunakan akal yang waras tidak terfikir pula tentang sakit dan di mana akan mendapatkan rawatan? 

Zalim kah IJN merawat mereka ini maklumlah IJN dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Kewangan.

No comments:

Post a Comment