Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
Setelah 10 tahun berlalu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, hari ini melakarkan sejarah sebagai pejuang dan matang dengan sepak terajang politik sepanjang kewujudannya. Ini bukanlah satu medan politik generasi wanita muda bersuka ria. Kami juga sebahagian daripada pewaris anak-anak UMNO dulu, kini dan selamanya dan mampu berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Kewujudan Pergerakan Puteri UMNO dalam arena politik negara juga telah melahirkan beberapa tokoh pejuang wanita muda seperti YB Dato' Seri Azalina Othman Said (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Pertama), YB Dato' Noraini Ahmad (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Kedua), YB Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ketiga -kini)
Selangkah kami di hadapan, tidak mungkin akan menoleh kebelakang demi perjuangan parti UMNO dulu, kini dan selamanya.
Selamat Ulang Tahun ke 10 'Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.'
No comments:
Post a Comment