Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 7 August 2011

Ke mana perginya Wang Zakat Selangor??


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA).
Apabila di lihat pada gambar di atas, tiada cacat celanya. Dengan sumbangan yang di berikan kepada golongan asnaf miskin sememangnya dialu-alukan tak kala tibanya Ramadhan bulan yang mulia saban tahun.
Namun, di Selangor terimalah hakikat bahawa sumbangan zakat itu tidak pernah sampai kepada asnaf miskin yang benar-benar layak. Ke mana wang ini disalurkan atau lebih tepat lagi kepada siapa wang zakat ini diserahkan?
RM14,240,950 merupakan jumlah yang sangat besar dan bermakna kepada golongan asnaf miskin.
Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk 'Sogok wang gadai akidah' melaporkan ada pihak yang berselindung di sebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar dari agama itu. Usaha kafir harbi secara halus, tetapi kita masih belum sedar.

"Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain? Mengapa karenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapat bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak karenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang begitu tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?, ujar Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Negeri Perlis.
Sumber : The Malaysian Insider
Rentetan dari peristiwa serbuan JAIS, Rabu lalu di sebuah gereja, Petaling Jaya


KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?
KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?
KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?
KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?
KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?
KE MANA PERGINYA WANG ZAKAT SELANGOR?

NAK TUDUH KERAJAAN PERSEKUTUAN KE?

SULUH MUKA KAT CERMIN DULU LAH YE?







1 comment:

  1. Usaha murtad, mana duit Pusat Zakat N.Sembilan?

    Bukan isu baru pihak gereja membantu orang Islam terutama orang Melayu yang kesempitan wang. Ianya isu yang lama, sejak dulu, kini dan harap tidak selamanya. Dalam kes Puan Nur di Seremban yang dibantu pihak gereja, masalahnya mana pergi duit Pusat Zakat N.Sembilan? Ingat lagi bagaimana kerajaan N.Sembilan pecah rekod buat rekod bubur lambuk pada bulan Ramadhan?

    Juga apa pula cerita tanah milik Pusat Zakat Negeri Sembilan di tengah bandar Seremban didirikan bangunan Restoran Segera KFC ! Apakah terdapat kepincangan dalam pengurusan zakat di Negeri Sembilan?

    Kisah NS Buat Rekod Bubur Lambuk Tapi Pinggir Orang Miskin di http://amkns.blogspot.com/2007/10/ns-buat-rekod-bubur-lambuk-tapi-pinggir.html

    Kisah KFC baru Seremban atas tanah Pusat Zakat di http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html

    Dalam tulisan Ustaz Hambali , pendakwah bebas terkenal dari Seremban, menurut beliau sesetengah ulama mengatakan bahawa jika masih terdapat fakir miskin yang tidak terbela maka sesungguhnya di sana pastinya terdapat sistem zakat tidak berfungsi dengan sempurna. Ulasan penuh beliau di http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/08/nur-tiada-pilihan-isu-bantuan-gereja.html

    NUR TIADA PILIHAN
    Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011

    SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

    Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

    “Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

    Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

    “Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.
    “Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

    Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

    “Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

    “Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

    Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

    “Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

    “Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

    Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

    “Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html

    ReplyDelete