Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 28 July 2011

Sistem Biometrik VS Dakwat Kekal

Pembangkang berkeras menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian akan menjadi lebih telus menerusi perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tetap dengan pendirian menuntut SPR menggunakan dakwat kekal sambil mendakwa, sistem biometrik tidak praktikal kerana masih baru diguna di Malaysia dan dibimbangi banyak kecacatan.

Gila isim sudah puak-puak pembangkang nih. Macam ni lah bila otak dah kuning dah tak tau membezakan antara baik dan buruk.


Ini dakwaan pembangkang;

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata sistem biometrik memerlukan masa selain kos mencecah RM3 juta untuk diselenggara berbanding dakwat kekal yang lebih praktikal dan murah. 

“Sistem biometrik tidak praktikal kerana ia rumit. SPR perlu betul-betul bersiap sedia mengendalikannya kerana memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi banyak. Kita khuatir SPR tidak akan dapat mengendalikannya dengan baik. Lebih baik gunakan dakwat kekal kerana murah dan praktikal bagi mengelak penipuan,” katanya. 

Mengaku jerlah sudah kalah maaaa.., kenapa mau takut dengan teknologi terkini??

Ini jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.
"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.
Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

No comments:

Post a Comment