Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 28 July 2011

10 Budak Hitam di Tangkap boleh digelar Pengkhianat Negara



Melihat adengan ini, mengingatkan kita kepada perbuatan cubaan membunuh 'Benazir Bhutto', bekas Perdana Menteri Pakistan (1993-1996) yang terbunuh Disember 2007 oleh pengebom berani mati dan pelbagai siri pembunuhan lagi.

Adakah mungkin perkara ini boleh berlaku di suasana politik Malaysia hari ini setelah melihat siri kekacauan puak pembangkang kepada kerajaan melalui 'reformasi' jalanan yang ditaja oleh S. Ambiga? Apa pun, faktor keselamatan perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pemimpin nombor 1 negara.

Tak sudah-sudah nak buat kacau cara PKR, hari ini di KL Sentral sekumpulan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu bertindak luar batasan bila cuba menyerbu ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak dan rombongannya.

Saat-saat genting yang berlaku ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di KL Sentral hari ini amat mengejutkan apabila di serang oleh 10 orang berpakaian kuning sambil melaungkan 'reformasi' dan 'hidup rakyat' yang dikatakan mahu menghantar memorandum kepada beliau. Kesepuluh-puluh mereka di bawa ke balai polis Jalan Travel untuk di ambil keterangan.

Semoga perkara ini tidak akan berulang di masa akan datang. Tindakan dan kedegilan S. Ambiga dan Anwar Ibrahim melampaui batas kemanusiaan dan mengancam faktor keselamatan negara.

"Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tentang maklumat mengatakan sekumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," katanya dalam satu kenyataan.


No comments:

Post a Comment