Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 17 July 2011

Bagai Gunting Dalam Lipatan - itulah DAP!!!!!



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.
"Pandangan saya, kita serah kepada  Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.
"Di sana ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya kepada wartawan di Kuala Terengganu Sabtu
Sementara itu Presiden PAS itu mengulangi kenyataannya bahawa beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.
"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).
"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya.
Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.
Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.
"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.
Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.

No comments:

Post a Comment