Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 26 May 2011

NIK AZIZ PASTI AKAN KELUARKAN FATWA BARU - APA SAJA YANG DILAKUKAN OLEH MENANTUNYA TETAP TIDAK BERSALAH - PERCAYALAH.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya, beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini.

Ulasan :
Bunyinya sememangnya menarik seolah olah Nik Aziz mahu jadi bersih dan mahu pihak berkuasa menyiasat menantunya tetapi apakah beliau nanti boleh menerima sekiranya menantunya didapati bersalah. Jika tidak bersalah , tentulah kembang kembang hidung Nik Aziz.

Apa juga kita sudah boleh membaca dan mencaturkan apakah tindakan lazim Nik Aziz selepas ini akan keluar lah fatwa atau mungkin saranan yang akan memburukkan yang menyiasat dan jika nanti menantunya bersalah akan keluarlah fatwa bahawa apa yang dilakuakn oleh menantunya sebenarnya tidak salah dalam Islam.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran yang kami nyatakan ini kerana kami yakin bahawa ini akan berlaku. NIK AZIZ AKAN MENGELUARKAN FATWA BARU MENGHALALKAN APA SAJA PERBUATAN MENANTUNYA - PERCAYALAH.

No comments:

Post a Comment