Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 18 May 2011

Dr Mahathir Masuk IJN

Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini untuk rawatan jangkitan paru-paru (chest infection).

Pegawai Akhbar beliau, Sufi Yusoff, dalam kenyataan akhbar berkata Dr Mahathir dimasukkan ke wad biasa IJN kira-kira jam 6 pagi setelah mengadu daman dan batuk sejak dua hari lalu.

Beliau kini menjalani rawatan suntikan antibiotik dan fisioterafi intensif dada. Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama kira-kira se minggu.

Doktor menasihatkan beliau agar tidak menerima pelawat, kecuali ahli keluarga terdekat.

Kita berdoa agar beliau segera sihat.
A Kadir Jasin

1 comment:

  1. semoga cepat sembuh!! info tentang Dr. Mahathir di SIHAT SELALU - Rahsia Muda Dr. Mahathir

    ReplyDelete