Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 25 April 2011

Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media

Hujan yang turun dengan begitu lebat sekali di pertengahan program Sembang Petang dengan Rakan FB dan Twitter bersama Ketua Puteri UMNO Malaysia, merangkap timbalan menteri kesihatan semalam bagaikan hujan rahmat dan sedikit tidak meluntur keceriaan bersama dengan rakan rakan Maya.

Majlis yang diadakan di tepian tasik titwangsa dihadir oleh wartawan, bloggers dan juga rakan rakan FB serta media di selangi dengan acara cabutan hadiah bertuah untuk rakan rakan FB dan juga pemeriksaan kesihatan.

Majlis yang bermula seawal jam 2 petang tamat pada jam 6 petang. Dalam ucapan Dato'Rosnah beliau sempat menyampaikan patun 8 rangkap yang ditujukan kepada rakan rakan media agar tidak melupakan budaya tradisonal walaupun kini berkomunikasi secara canggih di alam maya.

Beliau mengakui sejak bertwitter dan FB ini beliau merasakan hubungan beliau kini lebih dekat dengan rakyat dan dapat menyelami dan berkongsi permasalahan mereka dengan lebih mendalam.

Inilah bait bait pantun 8 rangkap yang disampaikan oleh Dato' Rosnah .


Makan nasi berulam papaya
Selesai makan bertukar kata
Semalam kita bertemu di alam maya
Hari ini bertentang mata

Bertentang mata janganlah malu
Peluang bertemu tidak selalu
Terima kasih kepada rakan-rakanku
Menyambut jemputan untuk bertemu.















No comments:

Post a Comment