Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 7 April 2011

DAP mahu suruhanjaya bebas menyiasat isu pegawai kastam jatuh tetapi menolak suruhanjaya bebas menyiasat isu klip video Anwar !!

DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.

“DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).

Dalam pada itu DAP dan juga  komponen Pakatan Rakyat (PAS dan PKR ) menolak cadangan  kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat kes Video terlampau yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pembangkang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.

Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment