Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 22 April 2011

Adalah lebih baik Anwar cari jalan terhormat untuk mengundurkan diri.

Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

Kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum.

Hanya ini cara bagi Anwar untuk membersihkan namanya dengan besumpah bahawa dia tidak meliwat dan bahawa dia  bukanlah orang yang  berlakon dalam video seks yang dikatakan  melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

Anwar tidak perlu takut jika dia tidak melakukan kerana Perdana Menteri juga pernah melafazkan sumpah ini di hadapan umum untuk menyangkal tuduhan Anwar terhadap beliau dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia , Altantuya.

Sukar nampaknya bagi Anwar kali ini untuk menafikan penglibatan beliau dengan video berkenaan kerana tersalah cakap tentang jam tangan Omega , apabila Wan Azizah mengatakan bahawa jam berkenaan berada di dalam simpanan mereka.

 Bila ditanya oleh wartawan mengenai jam berkenaan Wan Azizah berdalih  dan menyerang wartawan kembali mengelakkan soalan berkenaan diteruskan. Begitu juga dengan  Anwar yang berang apabila ditanya mengenai jam tangan jenama Omega berkenaan.

Adalah sebaiknya jika Anwar memikirkan jalan yang terhormat untuk bersara dari kancah politik ini untuk menjaga nama baik keluarga. Anwar sudah tidak relevan lagi dalam arus politik tanah air.

No comments:

Post a Comment