Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 4 March 2011

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
NONEYuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

-----------------------------------------------
Macam inilah kalau muka tak malu PASTI akan mempersoalkan  kembali persoalan yang hakikatnya calon PAS ini tahu kerajaan itu sebenarnya siapa. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan PAS , Setiap apa yang dibina oleh Negeri Kelantan  kita akan kata  ianya dibina oleh kerajaan PAS.

Kerjaan PAS membiarkan pembinaan kuil Buddha terbesar di Asia.(contoh) Kerajaan PAS sejak 20 tahun memerintah hanya bina dua biji masjid .

Hakikat sebagai rakyat biasa semua orang tahu bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional ditunjangi oleh UMNO . Sekira kuaters itu dibina oleh Kerajaan  Malaysia , ini bermakna ianya  dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan ditunjangi oleh UMNO. Kuaters itu adalah sebahagian dari perancangan   kerajaan UMNO.

Sebaik baiknya  Yuhazaid Abdullah keluar saja  dari rumah berkenaan dengan kadar yang segera kerana telah mencabar Tim Perdana  Menteri  untuk membuktikan bahawa Kuarters itu dibina oleh  UMNO. Inilah buruknya perangai calon PAS yang kononya dikatakan berpendidikan tinggi.
~ Norcahaya

No comments:

Post a Comment