Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 7 March 2011

Pas tidak relevan lagi

Tahniah atas kemenangan hebat  Barisan Nasional di Kedua PRK Kerdau dan Merlimau. Rakyat sudah mula  yakin akan kepimpinan UMNO di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.Rakyat juga sudah mula merasakan bosan dan mula  sedar dengan penipuan  demi penipuan yang telah dibuat oleh pemimpin Pas.

Mungkin Rakyat sudah muka nampak bahawa kerjasama antara parti Pas yang mengatakan bahawa mereka  memperjuangkan Islam tidak relevan langsung kerana bersekongkol dan bekerja sama dengan sebuah parti yang anti dan  benci Islam.Pas  berkawan  dan bekerja sama dengan mereka untuk menjatuhkan sebuah parti  (UMNO) yang selama ini mendokong kepimpinan  Islam dan Islam adalah landasan kepimpinan mereka.

Pas hanya mahukan kuasa sebagai pemimpin dan bukan Islam yang sebenar mahu diperjuangkan kerana  buktinya adalah  mereka  mahu menubuhkan kerajaan bersama sebuah parti yang nanti kepada Islam. Contoh yang paling jelas ialah Pas kini sudah menubuhkan  Kerajaan di Selangor bersama parti parti pakatan mereka dan jelas  dan nyata di Selangor Pas gagal untuk melaksanakan Islam . Dalam  kerajaan berkenaan Pas  bagaikan melukut di tepi gantang dan suara Pas langsung tidak diguna pakai.
Pas hanya lah kuda tunggangan dan janji janji pas untuk menghapuskan kilang arak dan menghapuskan arak dijual ditempat awam hanya tinggal omong omongan kosong sahaja . Tempat maksiat tubuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Setiap hari pemimpin Pas semakin mengarut , mujur Pas  berdikir barat dengan kehadiran Bob Lokman di PRK ini. Bob juga telah mencetuskan fenomena huru hara dalam Pas dan Bob juga banyak mencalarkan Imej Pas. Begitu juga dengan  Normala  ADUN tak kesampaian di PRK Tenang, Normala menganggap  orang yang tidak mengundi beliau di DUN Tenang tempuh hari menghadapi bencana banjir dan ini balasan tuhan,Nada Normala seolah olah nada orang kecewa. Nak buat macam mana Mala , orang tak percaya kamu dan parti kamu. Jangan lah tuduh mereka kena laknat tuhan ditimpa bencana banjir. Itu hukum Qarma  , Kadaq dan Kadar. Tak mungkin  orang Pas tak tahu .Kenapa di Merlimau dan Kerdau tidak banjir bila mereka tidak mengundi Pas.????

Terima Kasih kepada Puteri UMNO yang gigih menjalankan tugasan mereka dan terima kasih kerana terus  tabah menjalankan  tanggungjawab di kedua dua DUN , Merlimau dan Kerdau.Teruskan perjuangan anda.
oleh : Siti Musliha

No comments:

Post a Comment