Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 8 March 2011

Ada berani ka Pakatan Rakyat duduk dibawah satu logo dan bendera ??

Krew GT-Puteri ada melaporkan baru baru ini sewaktu PRK Merlimau bahawa Pemuda BN memasang bendera DAP di kawasan orang Melayu dan tidak sampai beberapa minit Dewan Pemuda Pas mencantas  bendera bendera ini takut nanti dilihat oleh orang orang Melayu.

Itulah sebabnya jika ada pertandingan antara  DAP dan BN  Pas akan memasang bendera Pas di kawasan Melayu untuk menipu pengundi Melayu , Inilah cara pakatan rakyat  bersatu dalam satu parti. Pemimpin mereka akan cuba menipu ahli ahli mereka.

Sehingga hari ini mereka gagal bersatu dibawah satu logo, kerana Pas takut orang Melayu marah kerana bersekongkol dengan munafik secara sah. DAP pula takut kaum Cina marah kerana bersekongkol dengan Pas. DAP dan Pas juga takut  ahli ahli mereka marah bersekongkol dengan parti al juburi, PKR. Mereka juga gagal mendaftarkan parti mereka dan bergabung dibawah satu pakatan haram.

Kini PRU 13 hampir tiba mereka enggan membincangkan mengenai  menggunakan satu logo dan satu bendera , kalau   duduk bawah satu logo dan bendera mereka takut , macam mana mereka mahu menyatukan rakyat Malaysia dalam 1 Malaysia. itulah sebab mereka begitu marah apabila 1 Malaysia Najib berjaya memikat rakyat.Jom kita cabar Anwar Ibrahim satukan dulu gabungan mereka sebelum mahu menyatukan rakyat. Ada berani ka Pak Nuar buat satu lambang????
Oleh : Puteri Rangbulan

No comments:

Post a Comment