Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 27 March 2011

Jom kita boikot Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir di sini hari ini hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.

Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.

‘‘Saya tidak akan menjawab soalan itu tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa mereka yang berada di sebalik (pengedaran) video tersebut tidak ditahan,” katanya.

Muka depan bertajuk ‘Di manakah Anwar Ibrahim?' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan di mana Ketua Pembangkang itu antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari ketika satu video seks tersebut dipercayai dirakamkan.

Persoalan itu timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak ‘tweet’ pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitter pada waktu video seks tersebut dirakam memandangkan akaun laman sosialnya itu didapati ‘senyap’ kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam sedangkan Anwar adalah pengguna Twitter yang aktif dan sering kali ‘tweet’ serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.

Anwar juga menyangkal dakwaan bahawa hubungannya dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah retak berikutan isu video seks berkenaan.
Selain itu, Anwar turut menafikan laporan bahawa Wan Azizah ada meminta salinan video seks berkenaan seperti yang didakwa oleh Shazryl.

‘‘Dia (Wan Azizah) tidak pernah melihat video seperti itu sepanjang hidupnya dan dia telah menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menontonnya,” katanya.

Nota: Walaupun Malaysia kini menjawab bagi pihak Anwar , persoalannya kenapa bukannya Anwar yang menjawab , pengikutnya telah mereka jawapan dan menjawab di Malaysiakini. Malaysiakini jika kita amati begitu ketara cuba membakar semangat pembaca untuk bangun memberontak dengan banyak mencetak komen FB pro Anwar di laman mereka .  jom kita boikot Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment