Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 18 March 2011

Gempar - Empat Ketua Puteri UMNO Negeri akan digugurkan !!

Empat negeri akan mendapat Ketua Puteri UMNO baru dalam masa yang terdekat ini. Ini adalah kerana penyelarasan dan untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran Puteri UMNO. Puteri UMNO tidak mempunyai pilhan lain melainkan menukar keempat Ketua Puteri UMNO berkenaan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Perdana Menteri telah dimaklumkan akan  pertukaran  yang akan dibuat oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia , Dato' Rosnah  Rashid Shirlin dan Perdana Menteri menyerahkan kepada  Ketua Puteri UMNO untuk melakukan apa yang sebaiknya untuk memastikan  Puteri UMNO  bergerak cergas mengikut  tuntutan keadaan politik semasa. Ketua Puteri UMNO Malaysia akan mengumumkan penukaran Ketua Puteri berkenaan dalam waktu yang terdekat.

6 comments:

  1. Kalau begitu baguslah sebab ada juga dgr ada seorang Ketua Puteri dan beberapa pemimpin Puteri berkenaan yg bertugas dgn kerajaan yang sibuk membuat duit menggunakan landasan P3 UMNO. Khabarnya Ketua Puteri UMNO Negeri berkenaan memberi tahu Rosnah mengikut waktu kelapangan beliua jika mahu melwat negeri berkenaan. Tujuan KPUM turun ke negeri berkenaan kerana mahu memantau kentera dan bilik gerakan piliharaya yang dikatakan belum di buat oleh Kketua Puteri ini. Huh KPUM kena ikut masa Ketua Puteri Negeri. Tukarkan saja.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan tindakan tegas Dato' Rosnah demi memajukan Puteri UMNO.

    ReplyDelete
  3. All the best for puteri umno. Yg terabit kami sokong

    ReplyDelete
  4. SOKONG.. mesti tegas supaya jadi pengajaran pada mana2 yg lain..

    ReplyDelete
  5. Satu tindakan yang baik dan bijak tpi sukar . Semoga selepas pertukaran ini tidak akan adamana-mana kpu3 negeri yang di gugurkan akan merasa sedih dan kecewa . Ini semua demi memantapkan lagi Pergerakan Puteri UMNO bagi menghadapi pilihanraya yg akan datang.....paling penting teruskan perjuangan untuk menghadapi PRU13 kelak......Ingat "KAMILAH PUTERI PEWARIS BANGSA DAN NEGARA , RELA BERKORBAN HARTA ATAU NYAWA , DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA , PUTERI UMNO TERUS MARA"

    ReplyDelete
  6. saya sokong..institusi pu3 ini perlu digerakan supaya tidak terus diperlekehkan..tahniah atas ketegasan Ketua pu3 Yb Dato' Rosnah, kita hanya perlukan mereka yang benar-benar ikhlas berjuang demi Agama Bangsa dan Negara bukan yang sebaliknya menjadikan institusi ini sebagai landasan untuk kepentingan peribadi..saya dah muak dengan politik seperti ni..perkara begini juga banyak berlaku di peringkat akar umbi, mereka yang benar2 ikhlas dalam perjuangannya disekat..hrmmmm

    apa-apa pun tahniah buat YB Dato' Rosnah..saya akan tetap menyokong beliau serta barisan kepimpinan Pu3 UMNO yang lain...

    ReplyDelete