Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 20 February 2011

Melayu sudah bosan dengan Nik Aziz dan Pas !!!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggung jawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Hari ini PAS mula menyedari akan tanggung jawab mempertahankan orang Melayu sedangkan sebelum ini mereka yang hanya menumpukan kepada Agama tetapi tidak pula memandang akan bangsa yang majoriti menganut agama Islam di Negara ini.

PAS selama ini tidak memperdulikan Melayu tetapi hanya mementingkan kuasa menggunakan perisai agama untuk mendapatkan kuasa dari rakyat. PAS banyak melukakan hati orang Melayu khususnya orang UMNO hanya kerana mahu menjadi kerajaan.

Orang Melayu kini mula bangkit dan tidak lagi menghormati Nik Aziz apatah lagi PAS. Orang melayu sudah mula bertindak menyuarakan rasa tidak puas hati akan tindak dan juga laku Nik Aziz yang menjual Islam demi mendapatkan kuasa sebagai kerajaan.

Orang melayu kini mulai menolak PAS, menolak Nik Aziz dan ramai yang sudah menganggap beliau sebagai ulamak songsang, ulamak gila kuasa.

Orang Melayu sudah mula sedar bahawa UMNO tidak pernah menjual Islam untuk memperolehi undi dari rakyat. Hanya PAS yang sanggup mengadaikanIslam kerana mahukan kuasa.

Berdasarakan keputusan pilihan raya kecil yang diadakan baru baru ini , jelas orang Melayu sudah tidak boleh menerima lagi kepimpinan Nik Aziz dan mereka juga sudah muak dengan fatwa fatwa politik Nik Aziz. PAS juga tertekan dengan dua PRK yang diadakan minggu hadapan kerana jika PAS kalah ini memastikan bahawa PAS sudah ditolak oleh rakyat.
oleh: Puteri Saadong

1 comment:

  1. Heh..heh nanti dulu!!

    Mana pulak gitu? UMNOlah bodoh sebab tak gunakan agama atau istilah Islam..Islam, Islam. Gunalaaah untuk pancing undi.

    Peduli apa? Tengok Pas.. "membangun Bersama Islam...Bandararya Islam...walaupun rakyat tak faham tak pe lah. Walaupun tak de apa-apa..kosong belaka,pun Tak pe.

    Rakyat akan berdiri bulu roma bila cakap pasal Islam, pasal agama. Ada ayat-ayat Quran dipetik orang akan yakin. Nik Ajis kata orang bukan Islam nak baca Quran dalam ceramah....tak pe..siapa lebih cerdik demi politik?

    Pas memang bijak sebab tahu saikologi orang Melayu yang nakkan agama terutama di Kelantan.

    Orang Melayu hormat orang alim. Nik Ajis memang bijak..bijakk, bijakk. Bila dah orang hormat dan percaya...ya bila percaya sungguh... suruh apa pun mereka buat. Kata apa pun mereka percaya. Itukan cara mudah dan murah? kenapa mahu susah-susah?

    Kan ke pemimpin Pas bijak. Janji.. orang sokong parti kita... peduli apa!!.

    ReplyDelete