Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 17 October 2013

Kesinambungan kepimpinan pastikan UMNO terus relevan

zahidhamidi513
Kombinasi tokoh lama dan muka baharu akan akan memastikan UMNO terus relevan di samping membolehkan usaha peremajaan parti dijalankan secara berterusan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang akan mempertahan jawatan itu pada pemilihan Majlis Tertinggi dan Bahagian pada Sabtu ini berkata kesinambungan pemimpin dari generasi berbeza mampu memperkukuhkan institusi kepimpinan dalam UMNO.
"Soal relevansi bukan hanya dilihat dalam kalangan naib presiden tetapi dalam kalangan tokoh-tokoh lain yang akan bersama-sama dalam Majlis Tertinggi. Bagi saya, perlu ada kesinambungan yang lama dan baharu.
"Bila ada kombinasi kedua-dua kumpulan ini, UMNO akan terus relevan dan saya yakin UMNO dapat terus diremajakan apatah lagi dengan adanya wakil Wanita, Pemuda dan Puteri yang secara automatik menjadi naib presiden selaku ketua sayap," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV Rabu malam.
Ahmad Zahid berkata perwakilan tentunya mahu menentukan kumpulan terbaik dalam kepimpinan teratas parti dan ia termasuk mewujudkan rentetan pemimpin dari generasi yang berbeza.
Mesyuarat peringkat bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi UMNO Sabtu ini menjadi titik penentu bagi melengkapkan barisan kepimpinan parti di belakang Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tanpa bertanding, selain ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah memperoleh mandat masing-masing, Ahad lepas.
Jawatan Naib Presiden parti turut ditandingi oleh dua lagi penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Tidak menolak aspek keserasian merupakan faktor penting dalam kalangan 'orang nombor tiga' parti, Ahmad Zahid bagaimanapun berkata ia boleh dibentuk pada bila-bila masa.
"Yang penting, sesiapa pun terpilih di peringkat ketiga perlu mendokong agenda dan cita-cita presiden serta timbalan presiden parti. Tidak semestinya apa yang ada di luar tidak boleh disesuaikan dengan kepimpinan," katanya.
Mengenai aspek peremajaan parti, Ahmad Zahid berkata UMNO harus berubah seiring dengan kehendak dan situasi masyarakat khususnya dalam mendekati pengundi muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam temu bual selama sejam itu, beliau meminta kepimpinan di semua peringkat tidak lagi bergantung kepada bentuk komunikasi bersemuka semata-mata apabila ingin mendekati akar umbi, sebaliknya harus berani menggunakan medium baru seperti media sosial yang mempunyai liputan khalayak lebih luas.
"Banyak perubahan sudah dilakukan sepanjang kepimpinan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan kita tak nampak wujudnya jurang generasi baru dan lama. Semasa Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) pun kita dapat lihat bentuk komunikasi untuk dekati khalayak berbeza.
"Faktor umur mungkin digunakan sebagai kayu pengukur, tetapi gaya dan pendekatan baharu harus digunakan agar Umno terus relevan. Oleh kerana UMNO merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, ia harus disesuaikan dengan kehendak pasaran," jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata transformasi yang hendak dilakukan dalam parti tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek fikizal malah kepuasan rohani juga perlu diambil kira supaya para anggota terus setia kepada parti.
Beberapa pihak melihat ketegasan memerangi jenayah di bawah portfolio Menteri Dalam Negeri menjadikan Ahmad Zahid antara calon paling kuat untuk memenangi jawatan Naib Presiden.
Namun, beliau tidak melihat jawatan Kabinet itu sebagai satu kelebihan, sebaliknya menegaskan beliau hanya melakukan apa yang perlu seiring dengan keadaan semasa.
"Apabila kepercayaan diberi untuk saya laksanakan agenda penurunan kadar jenayah, saya beri komitmen dan iltizam untuk lihat rakyat dijaga sepenuhnya. Ini bukan peluang tetapi cabaran yang cukup berat yang perlu saya tanggung.
"Jika analisis populariti dapat diterjemah dalam bentuk undi pada pemilihan Sabtu ini, tentunya saya berasa sukacita atas sokongan yang diberi (oleh perwakilan)," katanya.
Ditanya mengapa perwakilan harus memilih beliau sebagai Naib Presiden, Ahmad Zahid berkata: "Saya tawar diri kerana tidak mahu jadi pemimpin bermusim. Bila pemilihan baru terhegeh-hegeh jumpa perwakilan.
"Bila jalankan tugas harus ada fikiran yang kedudukan kita diletakkan oleh perwakilan. Tak salah kalau kita turun jumpa mereka yang beri kepercayaan kepada kita baru mereka rasa dihargai. Saya bukan tanam budi, tapi setia kawan di peringkat akar umbi."
Dua hari menjelang pemilihan, Ahmad Zahid meminta anggota perwakilan supaya membuat keputusan berdasarkan suara hati mereka.
Menurutnya anggota perwakilan harus dihormati kerana merekalah yang mempunyai kuasa menentukan siapa tokoh paling layak untuk membawa parti keramat Melayu itu ke peringkat tertinggi.

Monday, 14 October 2013

Akhirnya... Mahkamah putus majalah Kristian, The Herald tak boleh guna kalimah Allah

kali1xx

Sekitar 1,000 orang ahli NGO Islam dan individu berkumpul di perkarangan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi Isnin. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menanti keputusan mahkamah itu terhadap kes pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan gereja katholik, The Herald.

Seperti biasa batang hidung kalangan pimpinan PAS tidak kelihatan.
 
Akhirnya… penantian mereka berbaloi apabila mahkamah itu memutuskan terima rayuan pihak Kementerian Dalam Negeri dan tidak benarkan majalah itu guna kalimah Allah.

Keputusan ini disambut dengan perasaan lega dan bersyukur oleh kalangan mereka di situ.

kali2xx


Kes ini sudah lama menjadi perhatian ramai bila pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan langkah KDN tidak benarkan majalah berkenaan guna kalimah Allah dalam terbitan versi Bahasa Malaysia adalah salah dari segi undang-undang dan perlembagaan.

Ini mendorong pihak kerajaan menerusi KDN mengemukakan rayuan.

Keputusan yang penting pagi Isnin ini dibuat oleh penal tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

kali5sxx



Apapun pihak pengurusan The Herald boleh kemuka rayuan pada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan berkenaan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

kali9-zulxx

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.
Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.
"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

kali7xx
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ''Allah'' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

kali8xx

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ''Allah'' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.-14/10/2013 OLEH HELME HANAFI

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN UMNO 2013 (PUTERI UMNO)

KEPUTUSAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA   
PENGERUSI TETAP
AZLIEZA BINTI AZIZAN     (MENANG TANPA BERTANDING)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD     (MENANG TANPA BERTANDING)
KETUA PUTERI
1              MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN         (138)
NAIB KETUA PUTERI
2              ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN                       (99)
EXCO
17           ISFARINA BINTI MOHD BALI                                         (177)
6              JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI            (173)
2              NORASIMAH BINTI MD NOWAR                                   (172)
16           NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI        (172)
8              NORWAHIDA BINTI PATUAN                                        (168)
23           AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI                             (158)
7              ASFALINDA BINTI ANUAR                                            (157)
27           NORMALAH BINTI RASIK                                               (157)
4              NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN                    (151)
3              NORRULHUDA BINTI MARSIDIN                                (151)
11           MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS                                   (150)
1              AZURA BINTI MOHD AFANDI                                       (140)
22           NOR FARHANA BINTI ALHAM                                     (138)
10           NOOR AEIZA BINTI HASSAN                                         (137)
24           JULIE BINTI SABRAN                                                       (134)
21           JUNAIDA BINTI MAT ISHAK                                        (133)
30           HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI               (132)
12           NURHUDA BINTI AB KARIM                                        (129)
5              NASIBAH BINTI ISMAIL                                                (123)
14           NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM        (122)

Sunday, 13 October 2013

Perwakilan buktikan mereka matang

umno-menang7xx
Sebelum pemilihan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri Sabtu ramalan popular ialah pasti Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan mereka manakala Mas Ermieyati Samsudin pula paling kedepan.
Ramalan itu nyata tepat.Namun tiada siapa yang berani menduga Khairy khususnya boleh sapu bersih semua undi sekalipun berdepan dengan empat calon yang 'lightweight' untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.Mereka ialah Akramsyah Sanusi,Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Shahrizat juga tampil cemerlang dalam pergerakan Wanita UMNO berdepan dua pencabar ,Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin ditengah bayangan isu NFC yang melanda suaminya.
Mas Ermieyati tentu tidak hadapi masalah untuk ganti Datuk Rosnah Rashid Shirlin kerana beliau merangkul majoriti besar Puteri UMNO dalam saingan dengan Jamilah Hanim.
Keputusan rasmi kemenangan mereka hanya diumumkan jam 3.30 pagi Ahad dalam sidang akhbar terakhir oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau mengisytiharkan Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.
Namun sebelum itu sekitar jam 10.45 malam sumber-sumber sudah mengesahkan kemenangan mereka menerusi kiraan 'tak rasmi' dari bahagian-bahagian.
Sebenarnya waktu itu kalau ikut kiraan rasmi yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO keputusan belum banyak lagi keluar.
Kemenangan tidak rasmi Shahrizat,Khairy dan Mas Ermieyati pada waktu itu terserlah bila ketiga mereka memasuki PWTC dan kemudiannya menyertai Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di vilik VIP ditingkat 5 PWTC.
Siapa saja yang berdiri pada kedudukan Khairy boleh menarik nafas lega yang panjang kerana ' kemenangan sapu bersih' itu adalah suatu endorsement yang tidak boleh dipersoalkan untuk terus memimpin Pemuda UMNO.
Ini mengenangkan Pemuda UMNO pimpinannya sebelum ini boleh kata macam terpecah tiga gara-gara pemilihan sengit tiga penjuru antara beliau,Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir semasa pemilihan tahun 2009.
Keputusan pemilihan 2013 ini jelas mengambarkan sentimen pemilihan 2009 tidak melimpah langsung.
Setakat ini hanya mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah saja ditangguhkan kerana ada sedikit pertikaian.
Maka hanya undian 190 bahagian sahaja yang dikira sehingga isu bahagian berkenaan selesai.  
Khairy nyata sudah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa bayang bapa mertuanya Tun Abdullah Badawi.
Sebelum ini ada juga yang menduga kemunculan Akramsyah,anak kepada bekas Menteri Tan Sri Sanusi Junid mungkin 'mencuri' sebilangan undi bahagian.
Namun ia nyata meleset bila Akramsyah tidak berjaya mendapat undi bahagiannya sendiri,Langkawi.Malah beliau juga tidak dapat undi bahagian Jerlun dan Kubang Pasu.
Tiga calon lain Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali memang tidak dianggap satu faktor yang boleh mengugat Khairy.
Sumber-sumber yang rapat dengan Khairy sendiri sebelum ini menduga paling tidak ada tiga empat bahagian mungkin akan bagi pada pencabarnya.
"Kita sendiri tidak sangka boleh sapu bersih.Ini kerana tiada siapa yang boleh agak hala tuju sebegitu ramai perwakilan yang undi.Apa saja boleh jadi.Namun syukur semua memihak kepada kami,"katanya.
Wajah lega juga jelas terpampang pada Shahrizat ketika melangkah masuk ke PWTC kerana diterima balik mengetuai Wanita UMNO dengan penuh bergaya.
Beliau datang bersama suami Dartuk Dr Mohamed salleh Ismail dan anaknya.
Semua orang tahu bagaimana beliau berdepan dengan masalah persepsi negatif kerana kes yang melibatkan suaminya.
Atas sebab ini siapa boleh menolak kemungkinan akan wujud undi protes terhadapnya dalam pemilihan kali ini.
Malah sumber-sumber dari kem Shahrizat sendiri terkejut kerana pencabar terdekatnya Maznah hanya dapat tujuh undi sahaja.
Mereka sendiri tidak menganggap Raihan sebagai saingan serius tetapi ada kebimbangan pada Maznah yang sudah lama jadi Exco Wanita.
Rosnah yang meninggalkan Puteri UMNO kerana faktor habis usia  untuk bertanding Exco Wanita UMNO tidak perlu bimbang pada keutuhan sayap pergerakan paling junior dalam UMNO itu.
Kemenangan Mas Ermieyati lebih 100 undi dari 191 bahagian boleh dianggap 'clear win'.
Ini akan memudahkan Ahli Parlimen Masjid Tanah ini terus memimpin pergerakan itu sama seperti tiga ketua sebelumnya,Rosnah,Datuk Noraini Ahad dan Datuk Seri Azalina Othman Said.-13/10/2013