Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 14 October 2013

Akhirnya... Mahkamah putus majalah Kristian, The Herald tak boleh guna kalimah Allah

kali1xx

Sekitar 1,000 orang ahli NGO Islam dan individu berkumpul di perkarangan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi Isnin. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menanti keputusan mahkamah itu terhadap kes pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan gereja katholik, The Herald.

Seperti biasa batang hidung kalangan pimpinan PAS tidak kelihatan.
 
Akhirnya… penantian mereka berbaloi apabila mahkamah itu memutuskan terima rayuan pihak Kementerian Dalam Negeri dan tidak benarkan majalah itu guna kalimah Allah.

Keputusan ini disambut dengan perasaan lega dan bersyukur oleh kalangan mereka di situ.

kali2xx


Kes ini sudah lama menjadi perhatian ramai bila pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan langkah KDN tidak benarkan majalah berkenaan guna kalimah Allah dalam terbitan versi Bahasa Malaysia adalah salah dari segi undang-undang dan perlembagaan.

Ini mendorong pihak kerajaan menerusi KDN mengemukakan rayuan.

Keputusan yang penting pagi Isnin ini dibuat oleh penal tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

kali5sxx



Apapun pihak pengurusan The Herald boleh kemuka rayuan pada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan berkenaan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

kali9-zulxx

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.
Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.
"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

kali7xx
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ''Allah'' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

kali8xx

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ''Allah'' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.-14/10/2013 OLEH HELME HANAFI

No comments:

Post a Comment