Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 31 January 2013

Isu pendatang Sabah: Dr Mahathir dakwa Anwar terlibat ...


pendatang-ok200 

Apa agaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bersilat selepas ini? Ini bab isu pemberian warganegara dan kad pengenalan kepada pendatang di Sabah yang hangat jadi fokus semasa prosiding Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) mengenainya sekarang.

Jangan lupa orang yang pernah berada di puncak kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa dalam barisan nasional dulu, itu baru-baru ini sudah 'tunjuk baik' konon tiada apa-apa kaitan langsung dengan hal berkenaan.

Senang cakap cuci tangan langsung.

Malah dalam rentak politik biasanya,penghulu pakatan pembangkang itu awal-awal bagi gambaran duga beliau akan dituduh terlibat.

Mungkin budak-budak yang baru kenal politik hari ini tidak tahu atau dapat bayangkan semasa Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu namun rasanya ramai orang lama dalam UMNO boleh buka cerita.

Ini termasuk bagaimana ligatnya beliau semasa hendak tumbangkan Allahyarham Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 1993.

Di zaman puncaknya Anwar juga dikatakan banyak tumpu perhatian di Sabah selepas UMNO baru melangkah baru ke negeri itu.

Betulkah Anwar tidak terpalit langsung dalam isu pemberian warganegara dan kad pengenalan kepada warganegara asing di Sabah?

Isu pendatang di Sabah sudah lama menjadi mainan pembangkang untuk membangkitkan rasa marah terhadap kerajaan pusat.

Jadi faham-faham sudahlah sebagai bos pakatan pembangkang sekarang,beliau pasti hendak jauhkan diri dari didakwa terlibat.

Memetik kata-kata popular Tun Dr Mahathir ' Melayu mudah lupa'...nampaknya bekas Perdana Menteri itu yang pernah jadi bos Anwar tidak mudah lupa.

Dan..Khamis semasa jawab soalan semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur,beliau mendakwa Anwar terlibat secara langsung dalam beri kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah.

Ini katanya berlaku semasa tahun 1990han.Waktu itu Anwar dalam kerajaan.

Dakwanya beliau ' ada pengetahuan' mengenai salahlaku Anwar itu sekalipun tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan di mahakmah.

Beliau menjelaskan ini berlaku kerana Anwar kadang-kadang ambil inisiatif sendiri dalam hal berkenaan.

Katanya tindak tanduk itu adalah di luar arahan beliau.

Menurut Dr Mahathir beberapa pegawai yang terlibat dalam kes berkenaan sudah dikenakan tindakan.-31/1/2013

Wednesday, 30 January 2013

Dr. Mahathir : Nasha Pemimpin PAS Model Perpaduan Hamas & Fatah


alt
 
KUALA LUMPUR 30 Jan. - PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam.

Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.

Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan.

Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

Mohon Rafizi Ramli bangkit menjadi wira kepada isu ini.. Selama ni wira kan??

alt
 
SHAH ALAM 29 Jan - Tanah milik orang asli Mukim Tanjung 12 daerah Kuala langat seluas 17900 ekar didakwa telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah tanpa pengetahuan masyarakat tersebut selama lebih tiga tahun.
 
Wakil orang asli kawasan, Raymond berkata, tanah ini telah di pindah milik dan dijual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan orang asli.
 
"Pekara ini telah diberitahu oleh pegawai tanah Daerah Kuala Langat mengatakan fail-fail yang terkandung dokumen pindah milik telah disimpan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
'
"Saya mendapati satu penipuan yang dilakukan oleh pihak atasan di pejabat tanah bahagian SUK ini," katanya selapas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) di sini hari ini.
 
Turut hadir anak kepada penghulu orang asli, Jafrin Bin Malam dan wakil orang asli Ramli Untung.
 
Menurut Raymond, tanah yang seluas 17900 ekar itu telah diceroboh oleh beberapa syarikat untuk mengambil pasir dan tanah merah dikawasan tersebut.
 
"Kita telah menghantar banyak surat kepada SUK dan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri tetapi mereka tidak pernah balas dan tiada jawapan."
 
"Kebanyakan pencerobohan mahu mengambil pasir secara haram," katanya.
 
alt
 
Tambahnya, kawasan tanah tersebut adalah tanah adat dan tanah Rayau serta penempatan masyarakat orang asli yang telah diwariskan kepada mereka semenjak keturunan nenek moyang mereka.
 
"Tanah ini ada surat pengesahan kawasan dan penempatan orang asli daripada jabatan Hal Ehwal Orang Asli bertarikh 25 Januari 2010.
 
"Surat pengisytiharan oleh warta kerajaan negeri bertarikh 20 Januari 1994 di bawah akta seksyen 6 akta 134 serta beberapa surat lagi yang ada," jelasnya.
 
Tambah Raymon, masyarakat orang asli berharap pihak berkenaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas syarikat-syarikat dan orang-orang yang terbabit.

Monday, 28 January 2013

Kajian UMCEDEL - Kenapa Kaum Cina mahu Anwar Ibrahim menjadi PM?




 
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.  Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 – 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi.  Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka.  Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman.  Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.  Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat.

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu.  PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP.  Itu saja.

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam.   Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.   Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.  Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.