SHAH ALAM 29 Jan - Tanah milik orang asli Mukim Tanjung 12 daerah Kuala
langat seluas 17900 ekar didakwa telah dipindah milik oleh Pejabat
Tanah Daerah tanpa pengetahuan masyarakat tersebut selama lebih tiga
tahun.
Wakil orang asli kawasan, Raymond berkata, tanah ini telah di pindah
milik dan dijual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan orang asli.
"Pekara ini telah diberitahu oleh pegawai tanah Daerah Kuala Langat
mengatakan fail-fail yang terkandung dokumen pindah milik telah disimpan
di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
'
"Saya mendapati satu penipuan yang dilakukan oleh pihak atasan di
pejabat tanah bahagian SUK ini," katanya selapas membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) di sini hari ini.
Turut hadir anak kepada penghulu orang asli, Jafrin Bin Malam dan wakil orang asli Ramli Untung.
Menurut Raymond, tanah yang seluas 17900 ekar itu telah diceroboh oleh
beberapa syarikat untuk mengambil pasir dan tanah merah dikawasan
tersebut.
"Kita telah menghantar banyak surat kepada SUK dan kepada ahli-ahli
exco kerajaan negeri tetapi mereka tidak pernah balas dan tiada
jawapan."
"Kebanyakan pencerobohan mahu mengambil pasir secara haram," katanya.
Tambahnya, kawasan tanah tersebut adalah tanah adat dan tanah Rayau
serta penempatan masyarakat orang asli yang telah diwariskan kepada
mereka semenjak keturunan nenek moyang mereka.
"Tanah ini ada surat pengesahan kawasan dan penempatan orang asli
daripada jabatan Hal Ehwal Orang Asli bertarikh 25 Januari 2010.
"Surat pengisytiharan oleh warta kerajaan negeri bertarikh 20 Januari
1994 di bawah akta seksyen 6 akta 134 serta beberapa surat lagi yang
ada," jelasnya.
Tambah Raymon, masyarakat orang asli berharap pihak berkenaan dapat
menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas
syarikat-syarikat dan orang-orang yang terbabit.
No comments:
Post a Comment