Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 23 December 2013

Buang sampah tepi MRR2...siapa yang perlu ambil tindakan??

sampahmrr2

Kejadian seperti ini belum pernah berlaku.Jika ia dibiarkan begitu saja mungkin perbuatan yang tidak bertanggongjawab ini boleh berulang.Ramai yang geram melihat kontraktor sampah melonggokan sampah di di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kepong Sabtu.
Perbuatan itu bukan saja mengakibatkan bau busuk pada kawasan sekitar tetapi telah mencetuskan kesesakan teruk di sepanjang jalan yang sibuk itu selama beberapa jam.
    
Ia berlaku gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal pada Sabtu kerana kerosakan mesin pemampat.

Para kontraktor mengangkut sampah mendakwa mereka tidak ada pilihan selepas tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut berkongsi rasa marah dengan perbuatan itu.
Dalam satu kenyataan beliau menegaskan tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal itu.
Katanya perbuatan itu melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.
Beliau memberitahu kerja pembersihan longgokan sampah terbabit telah dilaksana dan selesai pada pukul 5 petang Sabtu.
Selain itu katanya bagi menangani masalah penutupan sementara pusat pemindahan sampah di Taman Beringin, Jinjang, sampah yang dikutip akan dihantar terus ke tapak pelupusan di Bukit Tagar.

Saturday, 21 December 2013

Jangan fikir kerajaan tidak prihatin - Najib

najib-rakyat513

Kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.
“Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya,” kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar di sini  Jumaat.
Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.
“Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan)yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini)semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan),” kata Najib.
Perdana menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion.
Sebelum ini berbagai pihak menggesa kerajaan tidak meneruskan rancangan menaikkan kadar tol.
Ini termasuk Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang mahu kerajaan menunaikan janji dalam manifesto PRU13 untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, BNBBC berpendapat mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.
“Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan,” kata Shahrir.
Bagaimanapun, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, BNBBC tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan sebenarnya belum mengesahkan mengenai perkara itu.
“Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing,” katanya

Friday, 20 December 2013

Anwar gagal kali kedua gugurkan Shafee...

anwar-shafie
Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya kerana permohonan itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuab Aziah Ali, seorang daripada tiga panel hakim. Dua hakim lain Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh pada Jumaat.
Pada 21 November lalu, panel lima hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Md Raus Sharif menolak permohonan Anwar untuk menghilangkan kelayakan Shafee sebagai pendakwa dalam kes itu.
Pada Khamis Muhammad Shafee berhujah bahawa rayuan Anwar wajar ditolak kerana permohonan itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.
Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berhujah di Mahkamah Rayuan, permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.
Hujah peguam tersebut, akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.
‘‘Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan?’’ hujah beliau.
Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.
Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.
Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.
Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama-sama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan esok bagi keputusan permohonan tersebut.
Sebelum permohonan itu didengar, mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.
Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Thursday, 19 December 2013

Nak tunjuk ramai... tumpang 'crowd's' Dataran Merdeka....

postertukartiub513
Adalah menjadi tradisi di Malaysia, Dataran Merdeka, Dataran KLCC, Bukit Bintang, Dataran Putrajaya dan beberapa tempat lagi menjadi tumpuan ramai ketika malam menjelang tahun baru mahupun malam sambutan kemerdekaan.
Orang kata menmang dah 'ready crowd's' iaitu mereka yang datang untuk meraikan acara-acara tersebut. Samada tengok bunga apai atau sebagainya. Yang bujang bawa kawan, yang berkeluarga datang dengan anak bini sebagai satu cara meraikan tarikh-tarikh penting.
Sebab itu seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan 'macai'  mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.
Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!
Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.
Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.
Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut.
Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.
Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.
Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-
sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.
Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahunbaru.
Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.
Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahunbaru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.
Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah merekajuga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.